AGAMA
RasuIuIIah ﷺ Tertanya Kenapa Dengar Tapak Kaki BiIaI Di Syurga. IniIah Rupanya AmaIan BiIaI Yang RasuIuIIah ﷺ Sendiri Tak Tahu.
Masuk sahaja waktu solat, tukang azan memainkan peranan dengan tugasnya. Azan dilaungkan dengan suara yang merdu dan mendayu-dayu memanggil semua umat Islam untuk meninggaIkan apa sahaja tugas yang dilakukan untuk menghadap Tuhannya.
Mereka itulah yang dipanggil muazin. GeIaran bilal sering kali meniti pada bibir kebanyakan masyarakat berbanding muazin. Panggilan bilal sudah tidak kedengaran asing lagi pada halwa telinga masing-masing. Bilal ialah muazin pertama yang dilantik oleh Rasulullah SAW untuk mengumandangkan azan pada zaman baginda.
Pemilik nama penuh Bilal bin Rabah itu melakar sejarah tersendiri. Namanya sentiasa disebut-sebut sehingga kini.
Kemerduan dan kelunakan suaranya ketika memanggil semua umat Islam untuk menunaikan solat ada dirakamkan dalam sejarah. Bahkan, penyeksaan yang diterimanya ketika mula-mula memeluk agama Islam juga dinukilkan dalam lembaran historiografi.
Sesungguhnya, kisah Bilal RA yang pernah ditinndas itu menyenntuh hati sesiapa yang membacanya. Namun, apa yang dilaluinya sedikit pun tidak menggugat keimanannya kepada ALLAH SWT.
Apakah ibrah yang boleh dijadikan suri teladan dalam kisah tokoh Islam terbilang itu? Apakah amalan yang dilakukan oleh Bilal sehinggakan tapak kakinya didengari oleh Rasulullah SAW di syurga?
Bilal bin Rabah RA merupakan antara sahabat terawal memeIuk agama Islam. Beliau ialah hamba kepada Umaiyah bin Khalaf yang dilahirkan di Kota Makkah sekitar tahun 43 sebelum Hijrah. Bapanya, Rabah berketurunan Arab, manakala ibunya bernama Hamamah pula berketurunan Habsyah. Namun, Bilal menjadi yattim piaatu sejak kecil lagi.
Setelah beliau memeluk agama Islam dan diketahui oleh tuannya, Bilal disekksa dengan begitu kejjam sekali hinggakan peristiwa itu dirakamkan dalam sejarah.
Mengimbau penyekksaan demi penyekksaan yang pernah dilalui oleh Bilal semata-mata mahu mengembalikannya semula kepada agama asal yang pernah dianutinya.
Bayangkan dalam suasana yang begitu terik, Umaiyah bin Khalaf bersama segerombolan kaf!r Musyrikin menanggalkan pakaian Bilal dan memakaikannya dengan baju besi.Lalu, di bawah terik matahari dan padang pasir yang pan4s memb4kar, mereka menjemur Bilal di situ.
Tidak berpuas hati lagi, mereka memukul Bilal menggunakan cemeti dan memerintahkan supaya beliau menc4ci Nabi Muhammad SAW agar kembali kepada agamanya sendiri. Malangnya, semua bentuk sekksaan yang dilakukan ke atas Bilal hinggakan badannya kurus dan kudratnya tidak berdaya, tetapi ia langsung tidak berjaya mengembalikan Bilal kembali kepada suasana jahiIiah.
Ini kerana hatinya lebih kental dan berani sekalipun saat itu Bilal menerima seks4an dasyat apabila dengan diikat pada leher menggunakan tali yang besar sebelum diserett keliling Makkah.
Begitupun, bibir Bilal tidak pernah kering daripada menyebut perkataan Ahadun Ahad. Itulah tanda kekuatan hatinya berpegang keesaannya kepada ALLAH SWT yang satu dan MAHA ESA.
Penyekksaan yang diterima Bilal membuatkan Abu Bakar terkesan. Lalu, beliau membeli Bilal bin Rabah dengan harga 9 tahil emas, nilai yang agak tinggi ketika itu.
KETOKOHAN Bilal sebagai muazin pertama yang dilantik oleh Rasulullah SAW memang tidak boleh disangkal. Bahkan, namanya sering meniti pada bibir masyarakat yang menggelar tukang azan sebagai bilal.
Lalu Bilal dibebaskan. Beliau terlalu gembira dengan kemerdekaan tersebut. Apabila masuk Islam yang bererti aman. Maka dengan aman tersebut, merdekalah beliau daripada kehambaan kaum Musyrikin.
Bilal kemudian dilantik oleh Rasulullah SAW sebagai muazin. Peristiwa itu ketika pembukaan Kota Makkah pada tahun 8 Hijrah.Ia merupakan satu bentuk penghormatan dan kemuliaan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada Bilal.
Saat Bilal mengumandangkan azan, suaranya sangat merdu, lantang dan mudah difahami. Ia menjadi kelebihan Bilal ketika itu untuk menarik hati-hati umat Islam untuk menunaikan kewajipan solat.
Azan yang menyapa halwa telinga umat Islam ketika itu menimbulkan keharuan, sebak dan rasa terharu kepada mereka yang mendengarnya.
Kerap berwuduk dan memperbaharuinya
Amalan Bilal ini menyebabkan tapak kaki beliau didengari di dalam syurga.Ia bukanlah suatu kisah dongeng. Sebaliknya, peristiwa itu merupakan kisah benar bersumberkan sebuah hadis yang sahih.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Wahai Bilal, khabarkan kepadaku amalan yang paling utama telah engkau lakukan sejak memeluk Islam? Sesunguhnya, aku pernah mendengar gerakan kakimu di sisiku di dalam syurga.”
Maka Bilal menjawab:
“Tidak ada amalan utama yang aku amalkan kecuali aku akan berwuduk pada waktu malam atau siang melainkan aku akan solat dengan wuduk tersebut, di samping solat-solat yang diwajibkan ke atas aku.” (Riwayat al-Bukhari)
Melihat ungkapan hadis berkenaan, ada beberapa pengajaran yang boleh diambil iaitu menetapkan waktu beribadah. Contohi amalan Bilal yang sentiasa dalam keadaan berwuduk, selain sentiasa menunaikan solat setiap kali memperbaharui wuduknya.
Dengan kata lain, menetapkan waktu khusus dalam sesuatu ibadah adalah dibenarkan kerana Bilal telah melakukan perkara itu terhasil daripada istinbatnya sendiri, lalu Nabi Muhammad SAW membenarkan.
Hadis itu juga menjadi menjadi satu dalil atau tuntutan untuk umat Islam menunaikan solat sunat selepas berwuduk.
Bukan itu sahaja, perbuatan Bilal sangat menepati sunah Rasulullah SAW sepertimana disebut dalam satu hadis yang mana sesiapa yang berwuduk dan memperelokkan wuduknya, lalu dia mendirikan solat sebanyak dua rakaat dalam keadaan hati dan wajahnya khusyuk melainkan dijamin syurga kepadanya.
Ia menunjukkan ketinggian kedudukan Bilal bin Rabah RA disebabkan beliau menjaga dan mengamalkan sunah yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW.
Bukti Islam ANTlRASlSME
Muazin pertama dalam sejarah itu tidak pernah gagal berjihaad mengikuti peper4ngan. Beliau sentiasa mengikuti Nabi Muhammad SAW dalam mana-mana peper4ngan. Perbuatannya itu sehinggakan Rasulullah SAW bersabda:
“Bilal penunggang kuda yang hebat dari kalangan orang Habsyah.” (Riwayat Ibnu Asakir)
Satu lagi sifat Bilal yang wajar dicontohi, beliau sangat mencintai Nabi Muhammad SAW. Semua sikap yang ditonjolkan selama ini antaranya tidak menolak ketika dilantik oleh nabi menjadi muazin, rajin beribadah dan berwuduk adalah disebabkan kecintaannya pada Rasulullah SAW.
Begitu juga penglibatannya dalam peper4ngan. Tidak lain tidak bukan untuk menjaga keseiamatan nabi. Bukan itu sahaja, paling menjentik emosi tatkala kewaf4tan Rasulullah SAW. Sebelum baginda dimak4mkan, Bilal melaungkan azan dengan penuh kesyahduan.
Sehinggalah tiba lafaz Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah (Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad ialah pesuruh ALLAH), suara Bilal tersangkut-sangkut menyebutnya. Orang lain yang mendengarnya begitu seb4k.
Selepas itu, Bilal membawa diri ke Syam (kini dikenali sebagai Syria) sehinggalah pada satu malam, beliau bermimpikan Rasulullah SAW. Dalam mimpinya itu, baginda bersabda: ‘Keringnya hatimu padaku. Di manakah kerinduanmu padaku?’
Apabila Bilal terjaga daripada tidur, beliau dih4mbat rasa sedih. Lalu, beliau menunggang kuda menuju ke Madinah untuk ke Masjid Nabawi yang menempatkan mak4m baginda. Tatkala melihat kelibat Bilal, cucu Rasulullah SAW lantas memeIuknya dan men4ngis.
Saat itu, Bilal diminta untuk melaungkan azan setelah sekian lama baginda waf4t. Lalu, beliau naik ke menara dan melaungkan azan. Ternyata suaranya merdu masih seperti dulu. Apabila tiba lafaz Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah, suara Bilal kembali tersek4t-sek4t.
Pada hari tersebut, semua orang yang mendengar azan Bilal seolah-olah kembali ke zaman nabi semula. Ramai yang berlari-lari ke masjid saat mendengar suara Bilal melaungkan azan.
Meskipun Bilal mempunyai wajah yang agak gelap dan berbibir tebal, Islam tidak memandang fizikal berkenaan. Bahkan, agama suci itu berkembang tidak mengira darjat dan kasta.Dalam Islam, tiada perbezaan warna kulit kerana agama ini bersifat universal. Bilal antara tokoh Islam yang membuktikan bahawa agama Islam adalah 4ntir4sisme.
Bahkan, nabi juga memberikan Bilal kedudukan sebagai ‘orang kanan’ apabila dilantik menjadi muazin. Ia jelas membuktikan bahawa Islam meraikan semua bangsa dan kulit.
PENGAJARAN daripada kisah Bilal bin Rabah RA
1. Berdisiplin.
Antara sebab mengapa Bilal bin Rabah dilantik sebagai seorang muazin adalah kerana beliau sangat menjaga waktu solatnya sebanyak lima waktu. Untuk menjaga jadual solat dengan azan, ia memerlukan seorang yang sangat tepat dan selalu bersedia untuk mengumandangkan azan.
2. Menghayati bait-bait azan.
Bilal mampu berbuat demikian kerana keimanan yang ada pada dirinya. Sejarah menceritakan bagaimana peny3ksaan yang berlaku ke atasnya langsung tidak menjadi asbab kepada Bilal untuk kembali kepada agama lamanya. Bahkan, beliau tetap kental walaupun dis3ksa.
3. Memiliki suara yang merdu dan lantang.
Disebabkan pakej suara yang ada pada Bilal menyebabkan Rasulullah SAW tanpa ragu memilihnya menjadi muazin. Ini kerana suara yang lantang dan jelas boleh memberikan kefahaman kepada orang yang mendengar.
4. Keberanian.
Sikap berani yang ditonjolkan Bilal ketika menerima seksaan menujukkan kekentalan beliau untuk menaggung apa jua risiko dan menyahutnya tanpa berdolak-dalik dengan agama ALLAH.
5. Pemaaf.
Pernah berlaku satu peristiwa apabila seorang sahabat bernama Abu Dzar al-Ghifari berselisih faham dengan Bilal. Maka secara tidak sengaja Abu Dzar mencela tentang kulit Bilal yang hitam. Apabila perkara itu dikhabarkan kepada Rasulullah SAW, baginda sangat marah kepada Abu Dzar.
Saat itu, Abu Dzar memohon kemaafaan Bilal dengan meletakkan mukanya ke tanah supaya dipijak oleh Bilal. Namun, Bilal tidak tergamak berbuat demikian. Lantas memaafkan perbuatan Abu Dzar.
Sumber: Pendakwah Nourul Iman Nia’mat via SinarPlus
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.