Connect with us

MOTIVASI

Asyik Menikmati Nasi Lemak RM1.50, Pelanggan Terkejut Jumpa ‘Lauk’ Istimewa, “Alhamdulillah.. senangnya nak bersedekah”

Published

on

Asyik Menikmati Nasi Lemak RM1.50, Pelanggan Terkejut Jumpa ‘Lauk’ Istimewa, “Alhamdulillah.. senangnya nak bersedekah”

Namun lain pula pengalaman seorang lelaki ini apabila bungkusan nasi lemaknya mengandungi ‘lauk’ istimewa. Siapa sangka, apabila membuka bungkusan nasi lemaknya, terselit sekali dengan nota RM5 yang disimpan kemas dalam plastik kecil.

Standard nasi lemak biasanya akan ada lauk sambal tumis, telur rebus, ikan bilis beserta kacang goreng, dan timun di dalamnya. Tapi bila ikut peredaran masa ini, nasi lemak boleh ditambah dengan lauk-lail lain seperti ayam, sotong, paru dan kerang serta aneka sayur pilihan.

Menurut Ameerul, nasi lemak tersebut sebenarnya dibeli oleh rakan isterinya di sebuah gerai yang terletak di Taman Saujana Kota Tinggi, Johor

Terkejut dan teruja dengan pengalaman itu, Ameerul Hayat telah berkongsikan pengalaman tersebut di laman Facebook.

Tambahnya lagi, ini kali ketiga rakan isterinya membeli nasi lemak berharga RM1.50 sebungkus di gerai terbabit dan baru kali ini terdapat duit di dalamnya.

“Nasi lemak ini dibeli rakan isteri. Dia beli enam bungkus. Bila buka ada duit, saya terkejut. Terus WhatsApp hantar gambar dan tanya bini, apa maksudnya? Bini saya jawab mungkin peniaga tersebut nak bersedekah sebab duit itu terletak elok dalam plastik takut kotor kena sambal,” katanya.

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter @hznietlib turut berkongsikan nasib yang sama apabila mendapati ada nota RM5 dalam nasi lemaknya

“Dalam enam bungkus itu saya yang bertuah kerana dapat RM5. Saya kira ini hari bertuah untuk saya. Peniaga itu pula, dalam berniaga pada masa sama dia nak buat sedikit amal. Saya mendoakan agar perniagaannya semakin maju,” ujarnya.

sumber: says

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.