AGAMA
Ayat Kursi Rumi : Makna Dan 5 Kebaikkan Kepada Kita
ayat kursi rumi adalah ayat yang agung buat kita umat islam. Malah, setiap dari kita sangat di galakkan untuk mengamalkanya dalam kehidupan seharian dengan sangat kerap.
Ini kerana, ayat kursi ini menggambarkan keagungan yang tidak terbatas dan ia juga di jadikan sebagai ayat untuk melindungi diri kita dari sebarang bahaya. Justeru itu, bagi yang selalu mengamalkanya, kita bukan sahaja akan mendapat keredahaan dari Allah S.W.T tetapi juga akan di berikan perlindungan darinya.
Justeru itu, Kita perlulah selalu membacanya terutama sekali sebelum tidur atau ketika berada dalam keadaan kecemasan.
Cara Bacaan Ayat Kursi Rumi Dengan Betul Beserta Dengan Maksudnya
Untuk memudahkan mereka yang tidak mahir dalam bacaan Al-Quran, teks Ayat Kursi juga boleh didapati dalam transliterasi rumi. Ini memudahkan untuk dibaca dan dihafal oleh mereka yang baru belajar.
Disebabkan ayat kursi adalah ayat agung, sudah tentulah kita perlu baca ia dengan betul supaya tidak lari maknanya. Justeru itu, kita perlulah melatih diri kita supaya membacanya dengan betul dan tepat.
Jadi, di sini kami kongsikan cara bacaan ayat kursi yang betul dalam bahasa arab dan juga dalam bahasa rumi. Ia supaya dapat memudahkan anda baca dengan betul. Cara bacaan yang betul ialah:
Ayat Kursi rumi:
Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum,
La ta’khuzhuhu sinatun wa la nawm,
lahu ma fis-samawati wa ma fil-‘ard,
Man zhal-lazhi yashfa’u ‘indahu illa bi-izhnihi,
Ya’lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,
wa la yuhituna bi shai’im-min ‘ilmihi illa bima sha’a,
Wasi’a kursiyuhus-samawati wal ard,
wa la ya’uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal ‘Aliyul-Azheem.
Maksudnya ayat kursi rumi :
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
Kebaikkan Ayat Kursi Kepada Diri Kita Sendiri
Ayat kursi bukan sahaja melindungi diri kita daripada kejahatan dan juga syaitan tetapi ia juga mempunyai pelbagai kebaikkan kepada diri kita. Justeru itu, kita perlulah sentiasa mengamalkan bacaan ayat kursi ini dengan kerap dalam kehidupan seharian kita. Antara Kelebihanya ialah:
Membaca Ayat Kursi atau ayat kursi rumi Sebanyak 170 Kali Sehari Mendapat :
- Membacanya dengan kerap pada tengah malam atau dikuti solat Hajat, hajatnya akan di makbulkan
- Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
- Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
- Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.
Baca Juga: 5 Bacaan Doa Selepas Solat Yang Anda Boleh Amalkan
Kebaikkan Membaca Ayat Kursi atau Ayat Kursi Rumi Selepas Solat:
Selain itu, jika anda sering mengamalkan bacaanya selepas solat anda akan dapat bermacam manfaat terutama sekali kepada diri kita sendiri. Jadi, setiap kali selepas solat banyakkan mengamalkanya. Antara kebaikkanya ialah:
- Terpelihara daripada tipu daya dan gangguan syaitan.
- Menjadikanya seorang bersyukur dan di limpahkan rahmat nabi ke atasnya
- Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang beriman dan seperti orang yang mati syahid
- Terpelihara dari seksaan malaikat maut
- Akan di masukkan ke dalam syurga
- Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
Setiap Dari Kita Perlulah Sentiasa Mengamalkanya Dalam Kehidupan Seharian Ayat Kursi Rumi
Kesimpulanya, sebagai umat islam kita sememangnya di galakkan untuk mengamalkan bacaan ayat kursi di dalam kehidupan seharian kita. Ini kerana, ia dapat menjadikan kehidupan kita menjadi lebih tenang dan membuatkan kita menjadi seorang insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Untuk anda yang mahu mendapatkan lebih banyak kebaikkan ayat kursi anda boleh terus ke Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.