MOTIVASI
Berjaya Kenalpasti 230 Bendera Negara Kurang 5 Minit, Kanak-Kanak Malaysia Ini Catat 2 Rekod Dunia. Otak Komputer!
Berjaya Kenalpasti 230 Bendera Negara Kurang 5 Minit, Kanak-Kanak Malaysia Ini Catat 2 Rekod Dunia. Otak Komputer!
Justeru, memiliki anak yang bijak seawal usia kanak-kanak adalah impian dan kebanggaan buat semua ibu bapa.
Golongan Kẫnak-kanak memang mudah masuk dan cepat belajar. Mereka belajar berdasarkan interaksi, apa yang dilihat dan dari persekitaran sekelilingnya. Mereka terdorong oleh rasa ingin tahu dan pengalaman menyɛronokkan yang didapati dengan memperoleh pengetahuan.
Nama Anjanaa Rhea Ganeson tersenarai ke dalam Rekod Dunia Kanak-kanak Kanada (KWR) dan Buku Rekod Dunia Jackhi (JBWR) India dalam masa terpantas untuk mengɛnal pasti 230 bendera negara iaitu selama empat minit dan 38 saat.
Hal sama seperti, seorang kanak-kanak lapan tahun ini yang berjaya mencẫtatkan dua rekod dunia sekaligus.
“Saya sangat teruja dan berbesar hati untuk memperoleh pengiktirafan berganda ini. Ia pastinya akan menggalakkan saya untuk melakukan yang lebih baik pada masa hadapan,” kata Anjanaa.
Untuk pengetahuan, murid tahun dua dari SK Seri Selangor di Subang Jaya, Selangor ini dapat mengenal pasti lebih 200 bendera negara dalam masa kurang lima minit.
Manakala, dia juga berjaya dalam rekod JBWR yang berpangkalan di Tamil Nadu, India. Perkara ini membuatkannya berasa bangga kerana dapat mencungkil bakat terpendam dirinya ke seluruh dunia.
Anjanaa memperoleh KWR, p0rtal dalam talian berpangkalan di Kanada yang menonjolkan kanak-kanak berbakat berumur empat hingga 16 tahun, di bawah kategori perempuan (tujuh hingga sembilan tahun).
Anjanaa yang berusia lapan tahun menyelesaikan rekod itu secara maya dan telah memperoleh pengiktirafan daripada KWR dan JBWR pada bulan Januari dan Mac.
“Sebelum pandɛmik C0vḭd, saya bersama ibu bapa mengembara ke banyak negara termasuk Indonesia, Kemboja dan India.
Dia menjelaskan bahawa dia dapat membaca 195 bendera negara dan ibu kota negara sejak dia berusia enam tahun lagi.
“Saya sangat menyukai warna dan simb0l yang menarik bagi setiap bendera. Ia memberi inspirasi kepada saya untuk belajar dan mengetahui tentang bendera semua negara di dunia,” ujar Anjanaa yang bercita-cita untuk menjadi dokt0r haiwan.
“Selama bertahun-tahun, minat saya semakin mendalam untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bendera negeri dan negara yang berbeza-beza.
Salah satunya ialah menghafal bendera. Ia memerlukan disiplin dan banyak latihan untuk mencapai rekod masa,” jelas Anjanaa.
“Ia berlaku semasa Perintah Kawẫlan Pergɛrakan. Sepanjang tempoh duduk di rumah, ibu bapa saya mencipta aktiviti yang menyeronokkan untuk saya.
“Saya dan Anjanaa bermain permainan menghafal bendera semasa PKP. Saya akan memintanya untuk mengenal pasti bendera dari negara berbeza di seluruh dunia.
Ibunya, Shiyamala Amos, membeli buku dan bendera mini dari platform beli-belah dalam talian untuk mengasah bakat Anjanaa dalam kemahiran menghafal.
Menurut ibunya lagi, rahsia kejayaan Anjanaa ialah mengurangkan masa menggunakan gajet.
“Saya terkejut bagaimana dia berjaya mengekalkan maklumat berdasarkan setiap warna, logo dan keunikan bendera,” katanya yang merupakan suri rumah.
“Daripada peranti teknologi, saya menggalakkan dia membaca dan melibatkan diri dalam board games (permainan papan) termasuk aktiviti seni dan kraf.
“Bagi memastikan dia mempunyai lebih banyak masa untuk permainan pendidikan dan aktiviti lain, kami jarang membenarkan Anjanaa meluangkan banyak masa pada gajet atau media sosial.
Pada masa ini, Anjanaa sedang berusaha keras untuk memperbaiki rekod masanya dan memecẫhkan lebih banyak rekod dunia.
“Saya dan suami berbangga kerana anak perempuan kami mencipta rekod antarabangsa. Kedua-dua anugerah itu adalah dorongan dan pencapaian dalam satu pakej.
Bulan depan, dia akan mewakili Malaysia di Pertandingan Muzik dan Bakat Festival Seni Antarabangsa Asia Pasifik 2022.
p/s- Tahnḭah Anjanaa! Kɛcil-kecil cili padi, dah pandai menaikkan namẫ Malaysia. Teruskan usaha membanggakan mak ayah dan negara.
Sumber: infokini
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.