MOTIVASI
Inilah 10 Perkara Sudah Pasti Buat Anda Rindu Zaman Sekolah
Pada hari guru inilah, kita meraikan mereka lebih dari hari kebiasaan. Ingat jasa-jasa mereka menjadikan kita pandai membaca, menulis dan mengira.
Sana-sini sekolah sudah mula membuat Sambutan Hari Guru. Sambutan pada tahun ini agak awal kerana 16 Mei tahun ini jatuh pada bulan Ramadan.
Selain itu, mesti anda semua teringat zaman sekolah dulu bermacam-macam kenangan betul tak? Apa yang kita buat masa rehat, masa cikgu tak ada, cikgu mesyuarat paling seronok, dan bermacam-macam lagi. Jom flashback kejap kenangan zaman sekolah nak?
Kalau ingat hari guru.. terus sama-sama kita nyanyikan “Kami guru Malaysia, berikrar dan berjanji membimbing dan mendidik putra putri negara kita” kan?
1. Lori Milo
Kita paling bersemangat bila lori Milo dating sekolah. Apa taknya dapat minum Milo free kan. Sanggup beratur panjang ikut kelas masing-masing. Lepastu cawan Milo tu simpan sebab saying nak buang. paling tak boleh blah dah beratur panjang, sanggup beratur sekali lagi, buat buat belum amik lagi.
2. Susu Segar
Susu segar ni zaman sekolah dulu siap tulis order lagi berapa nak beli. Tunjuk kat mak bapak esoknya bawa pergi sekolah. Macam-macam perisa ada coklat, jagung, strawberry. Sekarang ni nak cari pun susah atau mungkin harganya berganda mahal.
3. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Dulu masa sekolah ada RMT untuk murid-murid yang kurang berkemampuan untuk beli makanan semasa rehat. Tapi ada juga anda kita salah gunakan. Bila pelajar tu tak dating mulalah mengendeng kat cikgu nak gunakan RMT kad budak tu.
4. Cikgu tak masuk kelas
Waktu paling seronok adalah waktu semua cikgu ada mesyuarat tak masuk kelas. Jadi pengawas dan ketua kelas akan jaga kelas dan duduk di tempat guru. Siapa buat kesalahan tulis nama atas kertas siap pegang bulu ayam lagi ketuk meja konon garang.
5. Projek Nilam
Siapa rajin membaca mesti pernah dapat sijil Nilam ni. Tapi betul ke baca tu? Nak penuhkan buku Nilam pergi perpustakaan cari buku yang ada sinopsis kemudian salin bulat-bulat sinopsis tu. Semua pernah buat kan? Paling seronok bila nama kena panggil sebab buku nilam kita yang paling penuh, ada yang sampai 5 buku nilam setahun, dahsyat betul!
6. Check gigi
Dalam ramai-ramai kawan kita mesti ada yang takut bila doktor dan jururawat datang sekolah nak check gigi. Hati berdebar je tunggu giliran kena panggil dalam kelas pergi ke dewan sekolah untuk check gigi. Tapi bab yang seronok bila jururawat dating sekolah ajar cara-cara gosok gigi yang betul.
7. BCG
Tahukah anda salah satu cara untuk mengetahui anda adalah rakyat Malaysia berdasarkan parut suntikan vaksin BCG di lengan anda. Semua rakyat Malaysia akan ada kesan parut BCG. Punyalah takut nak kena suntik dulu sampai menangis.
8. Hias Kelas
Setiap minggu akan ada pemenang kelas terbersih. Jadi berlumba-lumba hias kelas. Pasang langsir cantik, meja mesti ada skirting, kat belakang akan ada board untuk setiap subjek dan paling penting duty roaster siapa yang bertugas. Bila cikgu yang check markah dating kalau boleh semua sampah masuk bawah meja sebab takut markah sikit.
9. Rombongan sekolah
Selalunya rombongan sekolah ni rombongan sambil belajar. Pergi Pusat Sains Negara, Muzium dan macam-macam lagi. Sekali sekala keluar daripada sekolah naik bus jalan –jalan dengan kawan-kawan. Cuba tengok balik gambar zaman sekolah pergi rombongan mesti malu sebab tak stylo macam sekarang
10. Sambutan Hari Guru
Kenapa kena sambut Hari Guru? Sebab ini adalah satu-satunya majlis yang bukan guru aturkan tetapi murid-murid.Sehari sebelum sambutan Hari Guru mesti sibuk ajak mak bapak pergi cari hadiah untuk cikgu favorite kan? Balut cantik-cantik, beli kad, beli bunga sebagai tanda anda semua hargai cikgu anda.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: lakarmedia
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.