Connect with us

PANDUAN

Buat Sendiri Stok Cili Jeruk Yang Rangup. 4 Langkah Saja Dah Siap!

Published

on

Buat Sendiri Stok Cili Jeruk Yang Rangup. 4 Langkah Saja Dah Siap!

Buat Sendiri Stok Cili Jeruk Yang Rangup – Memandangkan hidangan selalu kita buat di rumah, jadi eloklah stok cili jeruk ini kita buat sendiri. Homemade lagi best, buat rangup-rangup ikut cara yang dikongsi oleh Farid Sham.

Kalau makan mi goreng atau char kuetiau memang tak lengkap kalau takde cili jeruk ni. Dapat pulak yang ranggup lagilah kick.

Rupanya nak buat cili jeruk ni senang saja, 4 langkah saja, hari keempat dah boleh makan.

Baca juga di: Semangat Anak Muda Lepasan Universiti Berhenti Kerja Pejabat Nekad Tanam Cili , Kaut Keuntungan RM 60,000 Dalam Dua Musim

Buat Sendiri Stok Cili Jeruk Yang Rangup

1.Mula-mula kena sediakan cili hijau yang segar bugar. Cuci bersih sebelum dipotong.

Buat Sendiri Stok Cili Jeruk Yang Rangup

2. Kita potong cili hijau tadi, jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat. Sedang-sedang saja.

Buat Sendiri Stok Cili Jeruk Yang Rangup

3. Masukkan cili tadi ke dalam botol. Kemudian masukkan gula 2 sudu makan.

Buat Sendiri Stok Cili Jeruk Yang Rangup

Kuantiti gula: 2 sudu untuk saiz botol jem setinggi tin susu sejat.

Buat Sendiri Stok Cili Jeruk Yang Rangup – Tutup penutup kemudian kita goncangkan botol supaya gula sekata meliputi hirisan cili hijau tadi. JANGAN BUBUH AIR. Perap 3 hari dalam peti ais.

4. Hari ketiga, baru kita bubuh cuka makan separas cili potong tu. INGAT YA JANGAN SESEKALI BUBUH AIR.

Buat Sendiri Stok Cili Jeruk Yang Rangup

5. Hari keempat cili jeruk dah boleh dimakan!

Buat Sendiri Stok Cili Jeruk Yang Rangup

Siap, Senang kan. Boleh buat sendiri kat rumah ya!

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…

Baca juga di: Kepala Ikan Bilis Pun Boleh Buat Baja, Berkesan Lebatkan Pokok Cili & Pokok Bunga 2022

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Farid Sham

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.