SEMASA
Lelaki Sesat Di Tengah Laut Yang Dikelilingi ‘Jerung’, Diselamatkan Sekumpulan Dolphin
Lelaki Sesat Di Tengah Laut Yang Dikelilingi ‘Jerung’, Diselamatkan Sekumpulan Dolphin
Satu kejadian yang menakjubkan telah berlaku kepada seorang lelaki berusia 24 tahun yang dikenali sebagai Ruairí McSorley yang tersesat ketika berenang di laut.
Tidak dinafikan antara hidupan yang paling ditakuti ketika berada di laut ialah ikan jerung. Kebiasaannya jika kelibat ikan jerung didapati di sesuatu tempat di laut, maka orang ramai pasti akan bergegas naik ke permukaan air demi keselamatan mereka.
Dia pada mulanya bercadang untuk pergi berenang lebih dari 5 batu dari pantai Castlegregory ke Mucklaghmore Rock. Namun ketika dia berenang dia terlihat beberapa kelibat sirip hitam dan dia bengang dengan dirinya kerana tidak menyelidik dulu dan buat carian google sama ada Ireland Selatan mempunyai jerung atau tidak.
Ruairí McSorley dilaporkan hilang apabila seorang penduduk yang sedang membawa anjingnya berjalan-jalan dan telah melihat pakaiannya di pantai.

Namun kemudian satu kejadian yang menakjubkan berlaku apabila Ruairí McSorley telah dilindungi oleh sekumpulan dolphin yang berada di sekelilingnya.
“Jika itu adalah ikan jerung, saya harap mereka tidak lapar atau saya akan habis” – ujarnya.
Kru penyelamat menyaksikan sesuatu yang menakjubkan apabila McSorley ‘dikelilingi’ oleh sekumpulan ikan dolphin yang seolah-olah bertindak sebagai ‘pelindung’ ketika mereka menemuinya.

Dia ditemui dan diselamatkan oleh sukarelawan Fenit RNLI sekitar pukul 8.30 malam iaitu kira-kira selepas 12 jam terdampar di laut dengan cuma memakai seluar renang.
Menurut kru penyelamat, suhu badan McSorley adalah sangat rendah ketika ditemui dan badannya mungkin hanya dapat bertahan selama setengah jam lagi jika tidak ditemui dan diselamatkan mereka.

Ruairí McSorley bersyukur selepas diselamatkan dan dia sempat bertanya kepada kru penyelamat jika memang ada jerung di situ, tetapi diberitahu yang dia lihat itu berkemungkinan bukan jerung tetapi ikan dolphin.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Berita Tempatan
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN4 years agoMesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI4 years agoAyah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH4 years agoNiat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI4 years agoAlhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI4 years agoMampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI4 years agoPelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA4 years agoNasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI4 years ago“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.

