Connect with us

SEMASA

Dulunya Pernah Jadi RATU CANTIK Dan Selepas Itu Gelandangan, Meninggal Dunia Di Jalanan

Published

on

Dulunya Pernah Jadi RATU CANTIK Dan Selepas Itu Gelandangan, Meninggal Dunia Di Jalanan

Setiap orang mempunyai kisah cerita dan pengakhiran hidup yang tersendiri. Mempunyai wajah dan susuk tubuh menawan membuatkan dia digelar wanita paling cantik di negara itu satu masa dulu. Namun ia tidak menjamin, kebahagiaan dan ketenangan diri.

Damarys Ruiz,68 melalui puncak kejayaan apabila dirinya menarik perhatian ramai ketika berusia 26 tahun. Malah mempunyai ijazah dalam bidang perundangan dan pernah bergelar peguam.Wanita ini pernah hidup bergelumang dengan kemewahan dan terkenal selepas dinobatkan Miss Venezuela pada 1973.

Bagaimanapun, siapa sangka nasib tidak menyebelahinya apabila dia yang mengalami masalah keluarga hinggalah pengakhirannya dia ditemui mati di jalanan sebagai gelandangan, lapor The Sun.

Ruiz menghabiskan 15 tahun terakhir umurnya dengan menjadi gelandangan.

Tinggal Dengan Adik Beradik Lelaki

Sebelum ini, Ruiz tinggal bersama adik-beradik lelakinya dan tidak pernah mempunyai teman lelaki yang baik. Rakannya mengatakan, adik-beradik lelaki Ruiz iri hati kepadanya hingga tidak memberi kebebasan buat wanita itu.

“Mereka membuat saya kelaparan dan sering mengancam memukul saya.

“Saya berulang kali melaporkan kepada polis tetapi tiada tindakan,” katanya dipetik media sebelum ini.

Jadi Gelandangan Di Jalanan

Tidak tahan hidup diseksa, Ruiz memilih melarikan diri dari rumah pada 2000.Dia yang tidak mempunyai sebarang tujuan akhirnya menjadi gelandangan di jalanan.

Rosalba Gomes yang mengenali Ruiz dalam dua tahun terakhir bertemu dengannya dua atau tiga kali dalam seminggu.

“Hidupnya berakhir dengan kemurungan teruk tanpa mendapat sokongan dari keluarga dan rakannya,”

“Dia seorang wanita yang cantik luaran dan dalaman,” katanya.

Kasihannya pengakhiran hidup bekas ratu cantik ini. Siapa sangka, hidupnya pernah menjadi terkenal, dikelilingi ramai peminat, akhirnya meninggal dunia seorang diri di jalanan.

Mimbarraudhah: Semoga kita semua diampunkan segala dosa oleh Allah SWT.

Sumber: Hmetro / Daily Mail / Mingguanwanita

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.