Connect with us

SEMASA

ENAM Tahanan Palestin Berjaya Keluar Dari Penjara Israel, Hanya Guna Sudu Karat Untuk Menggali Terowong

Published

on

ENAM Tahanan Palestin Berjaya Keluar Dari Penjara Israel, Hanya Guna Sudu Karat Untuk Menggali Terowong

‘Kejayaan’ 6 tahanan Palestin yang berjaya melarikan dii dari penjara Israel merupakan satu tamparan hebat buat rejim zionis.

Mana tidaknya, tahap kawalan keselamatan pihak penjara Gilboa yang di bawah kepimpinan Naftali Bennet itu dipercayai menjadi punca enam tahanan Palestin meloloskan diri dari penjara di utara Israel tersebut.

Menerusi laporan dari BBC, enam tahanan itu telah menggali terowong di bawah singki di dalam bilik penjara hanya menggunakan sudu karat tanpa disedari pengawai penjara.

Kena gelak dengan rakyat Palestin

Susulan daripada berita tersebut, rata-rata penduduk Palestin telah meraikan hal itu dengan meninggalkan pelbagai kata-kata ‘ejekan’ kepada pihak Israel diatas kelemahan sistem kawalan keselamatan mereka.

Terus pindah tahanan lain takut jumpa lagi banyak terowong

Susulan daripada insiden memalukan berkenaan, Israel bertindak memindahkan tahanan-tahanan di penjara Gilboa ke penjara lain kerana takut lebih banyak lubang yang telah berjaya dibina.

Difahamkan, lima daripada tahanan itu merupakan anggota Jihad Islam manakala seorang lagi merupakan bekas komander kumpulan bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Fatah.

Pihak penjara juga mengesahkan salah seorang tahanan yang berjaya lari itu adalah bekas komander Briged al-Aqsa, Zakaria Zubeidi.

Setakat ini, pihak Israel sedang melakukan operasi besar-besaran digerakkan di Tebing Barat untuk mengesan enam individu berkenaan.

Mimbarraudhah: Semoga rakyat palastin dilindungi oleh Allah SWT. Sama-sama kita doakan buat rakyat di bumi palastin.

Sumber: BBC News, Twitter @MiddleEastEyes, @ibarahimsafady / Ohmymedia

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.