Connect with us

SEMASA

(VIDEO) “Siapa je sanggup marah aku” – Gelagat Oyen pura-pura pengsan selepas ‘kantoi’ sepahkan tisu cuit hati netizen

Published

on

(VIDEO) “Siapa je sanggup marah aku” – Gelagat Oyen pura-pura pengsan selepas ‘kantoi’ sepahkan tisu cuit hati netizen

Bukan sahaja kantoi dengan pemiliknya ini malah si oyen juga turut berpura-pura pengsan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Rata-rata netizen turut sama terhibur melihat reaksinya ini ditambah pula dengan video tersebut yang kini menerima setengah juta tontonan.

Setiap kali bercakap tentang si oyen, mestilah ramai yang akan teringat cerita-cerita tentang kenakalan mereka yang seringkali menimbulkan masalah. Sama macam kejadian yang dikongsikan pemilik kucing ini tentang gelagat si oyen selepas kantoi mencetuskan huru hara di rumah.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing berwarna oren yang sedang terbaring dengan keadaan terlentang. Di sekelilingnya turut kelihatan beberapa tisu yang habis disepahkan di mana kebanyakannya hancur dikerjakan.

Video:

Menurut pemiliknya, itu semua adalah hasil kerja kucing tersebut yang kemudiannya berpura-pura pengsan selepas apa yang berlaku. Lebih mencuit hati, si oyen turut kelihatan terbaring di situ semasa pemiliknya merakamkan apa yang berlaku.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur dengan lakonan hebat dari si oyen ini. Malah ada yang berseloroh kucing itu boleh menang anugerah pelakon hebat dengan lakonannya itu.

Pemiliknya kemudian meletakkan salah satu tisu yang telah dirosakkan di atas badan kucing itu. Namun apa yang melucukan ialah si oyen kekal tidak bergerak sekaligus membuatkan ramai berdekah melihat reaksinya ini.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : himpunanceritalawak

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.