Connect with us

PANDUAN

Jangan Lupa Simpan Syiling Dalam “Freezer” Pesanan Pakcik Cina Ini Buat Aku Terpinga

Published

on

Jangan Lupa Simpan Syiling Dalam “Freezer” Pesanan Pakcik Cina Ini Buat Aku Terpinga

Benda ni mudah tapi sangat penting. Ramai orang tak buat sebab tak tau. Kalau U tinggal rumah lama-lama, U tak tau kan kalau ada gangguan bekalan elektrik kat rumah? Kalau ada, U tak tau kan berapa lama sebelum elektrik sambung balik?

Bro, Harini Uncle Chan pesan kat aku, kalau nak tinggalkan rumah lama-lama, jangan lupa simpan syiling dalam freezer. Ape kena orang tua ni kasi pesanan pelik camni. Boleh kasi syiling tu beranak ke? Simpan lah duit syiling dalam tabung, tu pesan yang selalu aku dengar.

Young man (terasa muda kejap), ayam, ikan, daging dalam u punya freezer tu macam mana? Nuggets, sosej dan daging burger untuk anak U macam mana?

Saya tak kisah sangat pun Uncle, takde siapa dalam rumah tu pun. TV, kipas lampu semua tu memang dah OFF.

Kalau terputus 2 – 3 jam OK lg. Kalau TNB rasa nak biar 2 – 3 hari? Kalau seminggu?

Betul jugak. Kalau tak perasan rasa macam ok je lagi (beku lagi kot), masak buat kari lepas tu makan. Memang ke hospital la lepas tu. Silap-silap boleh maa ti.

Lepas tu masak sosej yang dah rosak tu kasi anak makan. Aduhh..

Tapi apa kaitan syiling tu?

Ini tips untuk agak berapa lama freezer tu OFF. U perlu;

  • Gelas plastik yang lut sinar
  • Syiling
  • Air

Kalau syiling tu masih diatas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus! Tapi kalau syiling tu di lantai gelas, bermakna ais tu dah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama.

Mula-mula u isi air dalam gelas plastik tu 3/4 penuh dan letak dalam freezer. Biar jadi ais. Lepas tu letak syiling atas ais tu. Setiap kali balik rumah lepas cuti panjang, check syiling dalam gelas tu.

Buang je lah semua bahan makanan atau minuman yang kemungkinan besar sudah rosak. Good indicator to check all your food supply inside your freezer. Jangan ambil mudah, pilih jalan yang paling selamat.

Terima kasih Uncle Chan Kui Peng – wise old man.

Jangan Lupa Simpan Syiling Dalam “Freezer” Pesanan Pakcik Cina Ini Buat Aku Terpinga

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Rizal Abdullah, imuslimnetwork

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.