SEMASA
Jatuh hati dengan jiran sendiri, kucing ini patah hati apabila jejaka idaman pindah rumah

Jatuh hati dengan jiran sendiri, kucing ini patah hati apabila jejaka idaman pindah rumah
Elie mahu dimanjakan dan jejaka tersebut tidak kekok melayannya. Mereka bertemu di ruang legar rumah sementara si jejaka menunggu ketibaan lif. Elie mahu bermain dengannya tetapi hasratnya tidak tertunai kerana jejaka tersebut mengejar masa.
Elie, kucing betina yang telah jatuh hati dengan jirannya sendiri. Kali pertama mereka bertemu, Elie mendekati jejaka tersebut seolah-olah telah mengenalinya. Jejaka tersebut tidak menolak Elie sebaliknya dia melayan Elie dengan baik sekali.
Kebiasaannya Elie akan berlari sebaik sahaja mendengar bunyi pintu lif terbuka. Tetapi sebaik sahaja terpandang jejaka yang berada di hadapan pintu rumah jejaka idamannya, Elie menjadi bingung. “Siapakah jejaka ini?” bisik Elie.
Pada suatu hari, Elie memanjat meja yang berdekatan dengan pintu rumahnya, menunggu seakan mahu keluar. Elie mencakar, berdiri dan menjerit ke arah ‘ibu’nya, Aireen. Aireen berasakan seperti Elie mahu bertemu dengan jejaka tersebut. Dia akhirnya membenarkan kucingnya itu keluar rumah.
Pada mulanya Elie tidak dapat mengecam itu adalah jejaka idamannya kerana jejaka tersebut tampil dengan gaya rambut yang lain tidak seperti gaya rambut jejaka idamannya. Kemudian, Elie menyedari bahawa jejaka yang telah memotong rambut itu adalah jejaka yang ditunggu-tunggu! Tanpa membuang masa, Elie terus menghampiri jejaka tersebut dan minta dibelai. Selepas dibelai, Elie semakin yakin bahawa itulah jejaka idamannya.
Setiap hari Elie menunggu jejaka tersebut namun jejaka yang ditunggu tidak juga memunculkan diri sama ada keluar dari lif atau pintu rumahnya. Ada masanya Elie akan duduk di hadapan pintu rumah jejaka tersebut, menanti dengan penuh harapan, memandang Aireen dan memandang ke arah pintu semula atau memandang ke arah lif seolah-olah bertanyakan Aireen, “di mana dia?”.
Selepas itu, mereka tidak lagi bertemu dengan jejaka berkenaan. Elie kelihatan sangat sedih dan seolah-olah telah patah hati kerana tidak dapat bertemu dengan jejaka itu.
Enam bulan kemudian, jejaka tersebut akhirnya muncul. Aireen menjerit, “Elie, itu dia!” Tidak mengambil masa terlalu lama untuk mengecam jejaka tersebut, Elie melompat keluar daripada kotak dan terus datang ke arah jejaka itu. Elie benar-benar mengingati jejaka itulah jejaka idamannya.
Tidak lama kemudian barulah Aireen mendapat tahu bahawa jejaka tersebut telah pun berpindah rumah. Itulah sebabnya mengapa Elie masih tidak dapat melupakan jejaka berkenaan. Elie mungkin nampak manja dengan orang lain, masih mahu menyapa ‘hai’ tetapi Elie akan berlalu pergi secepatnya. Elie seolah-olah tidak lagi tertarik dengan orang lain. Hatinya telah diserahkan sepenuhnya kepada jiran lamanya itu. Elie yang setia!
Aireen menjemput jejaka tersebut masuk ke rumahnya. Jejaka tersebut duduk di sofa dan Elie tidak melepaskan peluang untuk bermanja dengan jejaka idamannya. Elie duduk di atas kaki dan riba jejaka itu, minta dibelai dan dimanja. Itulah kali pertama Aireen melihat Elie berkelakuan sedemikian kerana Elie tidak pernah melakukan hal tersebut kepadanya.
Tonton video di sini.
Kini Elie bahagia! Walaupun jejaka tersebut tidak lagi tinggal di situ tetapi Elie terus menunggu dengan harapan jejaka itu akan muncul kelak.
Sumber: erabaru
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.