MOTIVASI
Jumpa Segulung Duit RM100 Di Stesen Minyak Dan Ramai Cuba ‘Claim’ Tapi Lelaki Bijak Berjaya Cari Pemilik Asal
Jumpa Segulung Duit RM100 Di Stesen Minyak Dan Ramai Cuba ‘Claim’ Tapi Lelaki Bijak Berjaya Cari Pemilik Asal
Assalamualaikum. Tengah jalan ke tempat kerja, saya jumpa segulung duit.
lokasi di station minyak Petronas Ulu Tiram JB. mungkin pemiliknya terjatuh waktu awal pagi. Jumlah agak besar. Terfikir mungkin ini nafkah seorang bapa untuk keluarganya.
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Syazwan Khalid yang menemui segulung duit RM100 stesen minyak di Ulu Tiram, Johor Bahru. Atas sikap jujur dan baik hati, dia telah memuat naik foto duit tersebut di dalam akaun FB dia untuk cuba mencari pemilik wang berkenaan.
Kalau ada sesiapa yang tercicir, boleh pm saya dengan syarat sebutkan jumlah sebenar. Dan beberapa soalan akan ditanya supaya saya dapat jumpa tuan pemilik. Kalau ada yang meneka, pun salah sebab ada sesuatu dalam duit.
Pada 8 Julai, dia memberitahu bahawa jumlah wang yang dijumpainya itu agak besar dan berkemungkinan milik seorang ketua keluarga. Dia memuat naik status di Facebooknya agar dapat menjumpai pemilik asal.
Namun, sesiapa yang mengaku sebagai pemilik asal perlu memberitahu jumlah wang tersebut dan beberapa perkara lagi kerana di dalam gulungan wang itu terdapat sesuatu benda. Hal ini bagi memastikan dia benar-benar memulangkannya kepada pemilik yang sebenar.
Alhamdulillah, jumpa pemilik sebenar
Dengan penceritaan abang ni, terbaik. Sangat detail dan tak henti-henti dalam yakinkan saya bahawa dialah pemilik sebenar. Cara cerita yang sopan. Tak memaksa, sabar dan tak henti-henti luahkan rasa syukur. Diulang tanpa jemu kronologi bagaimana wang nya tercicir.
Alhamdulillah. Allah mudahkan urusan dan jumpakan duit ini dengan empunya.
Setelah 2 hari yang penuh ujian. Hidup ini ada dua pilihan mungkin Allah nak uji adakah kita betul taat atau sebaliknya.
Abang ni pun dah berkeluarga, selain anak anak yang masih bersekolah dan ada juga baby yang masih menyusu. Beliau menceritakan bahawa saat itu benar-benar buntu dalam kewangan dan terus ikhtiar mendapatkan sumber untuk menyara keluarga.
Selepas dua hari, akhirnya dia bertemu dengan seorang lelaki yang merupakan pemilik sebenar wang berkenaan. Lelaki berkenaan menceritakan segalanya dengan begitu jelas tentang bagaimana duit itu boleh tercicir. Oleh kerana lelaki berkenaan dapat menjawab semua soalan yang diajukan dengan tenang dan sabar, Syazwan percaya bahawa lelaki berkenaan merupakan pemilik asal duit itu.
Yang minta secara haram, bertaubatlah
Alhamdulillah juga berkat doa kawan kawan yang bantu viral sampai 10k, yang bantu nasihat, yang bantu share kan dalam whatsapp dan group.
Terima kasih semuanya.perasaan gembira dapat memulangkannya hanya Allah yang tahu.
Kepada yang meminta secara haram dan tidak amanah. Bertaubatlah. Bila aku tanya detail, kau marah marah aku, kata tak halalkan dunia akhirat dan rampas hasil titik peluh suami. Usah cakap bab agama dengan aku. Kau belajar dulu adab bertanya macamana. Tanya pun macam gampang. Laju je kata duit kau.
Tambahnya lagi, ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mengaku mengatakan diri mereka pemilik sebenar. Apabila diajukan soalan bagi mendapat kepastian, mereka bertindak marah dan menjawab tanpa adab. Dia bersyukur kerana akhirnya dia dapat berjumpa dengan pemilik sebenar dan memulangkan sejumlah wang itu kembali.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Syazwan Khalid / Berita Tempatan
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.
1 Comment