Connect with us

SEMASA

Kerap s4kit kepala sebelum w4jah s3nget, pegawai polis wanita terkejut h1dap s4kit bu4h pingg4ng t4hap 5

Published

on

Syuhada berkongsi kisahnya sebagai pesakit buah pinggan tahap 5 di media sosial untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

BERMULA dengan sakit kepala, siapa sangka ia rupa-rupanya membawa kepada penyakit yang serius.

Itulah yang dialami oleh wanita ini apabila dia disahkan menghidap sakit buah pinggang tahap 5, baru-baru ini.

Menurut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Syuhada, dia sebenarnya mengalami sakit kepala sejak setahun yang lalu.

“Dalam setahun juga sakit kepala dan saya sangka ia adalah migrain. Saya fikir mungkin sebab tak cukup rehat kerana bekerja ikut shif. Selalunya, apabila diserang migrain, saya akan makan ubat (painkiller) dan tidur.

“Selepas bangun tidur, migrain tersebut akan hilang. Namun baru-baru ini apabila saya makan ubat dan tidur, sakit kepala masih ada walaupun selepas dah tidur,” ujarnya.

Semuanya bermula apabila Syuhada kerap mengalami sakit kepala sejak setahun lalu dan dia hanya mengambil ubat penahan sakit.

Menurut Syuhada, dia kemudian pergi ke klinik dan hasil pemeriksaan doktor mendapati tekanan darahnya tinggi sebelum mengesyorkannya untuk membuat ujian darah bagi mengesan penyakit lain.

Dia bagaimanapun tidak berbuat demikian sebaliknya mengambil ubat painkiller untuk meredakan rasa sakit kepala, sehinggalah secara tiba-tiba sebelah wajahnya menjadi lumpuh atau diserang ‘bell palsy’.

“Saya pergi ke klinik swasta namun disaran untuk ke klinik kerajaan sebab ada fisioterapi. Di klinik kerajaan, doktor buat test macam-macam sehinggalah part buah pinggang, bacaannya tinggi. Mereka refer ke hospital.

Sebahagian daripada perkongsian Syuhada mengenai kisahnya yang menderita penyakit buah pinggang tahap 5.

“Di hospital, selepas ujian darah, doktpr beritahu buah pinggang saya dua-dua dah rosak… dan sekarang berada di stage 5. Katanya sembilan peratus je elok.

“Memang terkejut sangat dan tak dapat terima sebab tak percaya… iyalah, saya aktif bersukan, tak ada simptom, sihat macam biasa, tiba-tiba dapat tahu sakit buah pinggang stage 5.

“Mulanya saya lari sebab tak nak kena masuk wad. Namun saya fikir, nanti makin teruk, jadi saya serah diri. Dalam tiga hari juga kena warded,” ujarnya yang juga seorang pegawai polis.

Saya aktif bersukan, tak ada simptom, sihat macam biasa, tiba-tiba dapat tahu sakit buah pinggang stage 5.
SYUHADA
PESAKIT BUAH PINGGANG

Bercerita mengenai keadaannya ketika ini, Syuhada berkata dirinya tidak mengalami perubahan yang ketara.

“Nak kata letih, ia bergantung kepada pemakanan ubat. Cuma ketika ini saya kena hadkan pengambilan air… lebih kurang sebotol kecil air mineral saja.

“Kalau terlebih, nanti kaki mesti bengkak. Jadi doktor sarankan untuk kemam ais untuk mengurangkan rasa dahaga.

Syuhada berkongsi kisahnya di media sosial bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai betapa pentingnya mengambil berta hal kesihatan diri.

“Dalam masa yang sama, saya cuba juga rawatan tradisional. Kalau ikutkan, saya perlu menjalani pembedahan untuk menebuk sama ada di leher atau perut namun ada beberapa prosedur yang perlu dilalui sebelum itu.

“Saya cuma berharap agar ada sinar untuk pulih semula. Tak sangka juga perkongsian saya viral sebab saya hanya mahu berkongsi pengalaman sendiri, dan dalam masa yang sama mahu memberi kesedaran kepada orang ramai agar jangan ambil remeh soal kesihatan,” ujarnya yang turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Sumber : mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.