SEMASA
Kota Firaun Berusia Hampir 3,000 Tahun Yg Hilang Di Bawah Padang Pasir Kini Ditemui
KAHERAH – Ahli-ahli arkeologi memuji penemuan kota purba paling besar di Mesir yang tertanam di bawah padang pasir selama 1,000 tahun, manakala pakar-pakar menyifatkannya antara penemuan paling signifikan sejak makam Firaun Tutankhamun dijumpai pada tahun 1922.
Pakar sejarah Mesir, Zahi Hawass mengumumkan penemuan ‘kota emas’ itu dan berkata, tapak tersebut ditemui dekat Luxor yang menempatkan Lembah Para Raja.
“Misi ekskavasi Mesir di bawah kelolaan Zahi Hawass menemui kota kuno yang hilang di bawah padang pasir.
“Kota itu berusia 3,000 tahun dan wujud ketika era pemerintahan Firaun Amenhotep III dan terus digunakan oleh Firaun Tutankhamun dan Firaun Ay,” kata pasukan arkeologi tersebut dalam satu kenyataan.
Mereka menganggap penemuan tersebut sebagai kota purba paling besar pernah dijumpai di Mesir.

Betsy Bryan yang merupakan Professor Seni dan Arkeologi Mesir dari Universiti Johns Hopkins berkata, penemuan arkeologi itu adalah yang kedua paling penting sejak penemuan makam Tutankhamun.
Barang kemas seperti cincin ditemui bersama periuk belanga, tangkal dan bata tertera cap mohor Amenhotep III. “Banyak misi arkeologi asing mencari kota ini tetapi mereka tidak pernah menemuinya,” kata Zahi Hawass yang juga bekas Menteri Antikuiti Mesir.

Pasukan tersebut memulakan ekskavasi pada September 2020 di sebuah lokasi di antara kuil Ramses II dan Amenhotep III dekat Luxor, sekitar 500 kilometer ke selatan ibu negara Mesir, Kaherah.
“Dalam masa beberapa minggu saja, formasi bata mula muncul dari segenap arah.
“Apa yang mereka temui adalah tapak sebuah kota purba besar yang berada dalam keadaan terpelihara dengan dinding-dinding dan perkakasan yang digunakan dalam kehidupan harian berada dalam keadaan hampir sempurna,” katanya.
Amenhotep III mewarisi empayar luas yang bermula dari Sungai Euphrates hinggalah ke Sudan, kata pakar-pakar arkeologi dan meninggal dunia sekitar 1,354 tahun sebelum masihi.
Firaun itu memerintah selama hampir empat dekad dengan pemerintahannya dikenali kerana pembinaan monumen besar dan hebat termasuk Colossi of Memnon iaitu dua patung batu dekat Luxor yang mewakili dirinya dan isterinya, Permaisuri Tiye.
sumber: kosmo
-
PANDUAN4 years agoMesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI4 years agoAyah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH4 years agoNiat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI5 years agoAlhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI4 years agoMampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI4 years agoPelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA4 years agoNasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI4 years ago“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.

