Connect with us

SEMASA

Setelah Tujuh Bulan ‘Bertapa’ Menuntut Ilmu, Lan Pet-Pet Akhirnya Memulakan Kerjaya Baharunya Sebagai Pembantu Peguam

Published

on

Mazlan, 52, berkata, dia mengambil masa tujuh bulan semata-mata untuk berlatih dalam selok-belok perkerjaan baharunya itu dengan mempelajari etika berpakaian, bercakap dan juga ketika berada di dalam kamar mahkamah.

Selepas tujuh bulan ‘bertapa’ mencari ilmu untuk kerjaya baharunya, pelawak yang juga anggota kumpulan Senario, Mazlan Ahmad atau Lan Pet Pet memulakan tugas pertamanya sebagai pembantu peguam di syarikat guaman yang mengendalikan kes jenayah di Kompleks Mahkamah Alor Setar, hari ini.

“Sepanjang tujuh bulan mengharungi latihan, saya kini sudah lulus dan ini hari pertama memulakan tugas sebagai pembantu khas syarikat guaman,” katanya.

“Setiap perjalanan dalam hidup perlukan latihan yang akan membuatkan kita lebih mahir dalam sesuatu bidang yang ingin diceburi.

Menurutnya, jika selepas ini ditawarkan memegang watak sebagai peguam dalam filem atau drama, dia pasti tidak akan menolak malah mengakui dapat menjiwai watak diberikan dengan sepenuh hati.

“Sebelum ini, saya banyak menonton filem terutama Bollywood yang mengsiarkan kisah kehidupan atau berkaitan peguam di mahkamah dan ini membuatkan saya tertarik mememgang watak peguam sekira mendapat tawaran.

“Mungkin ramai lihat perwatakan saya sebelum ini agak gila-gila namun sekiranya ditawarkan karakter peguam selepas ini, saya yakin dapat membawa watak itu dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Peguam Datuk Dr Aswandi Hashim dari Aswandi Hashim & Co berkata, tempoh tujuh bulan yang diberikan kepada Mazlan digunakan sebaik mungkin pelawak terbabit untuk menyesuaikan diri dengan kerja barunya.

Beliau berkata, mereka sebenarnya adalah sahabat sejak kecil namun terpisah sejak 25 tahun lalu disebabkan sibuk dengan kerjaya masing-masing.

“Pada peringkat ini, Mazlan dianggap sudah lulus, namun saya memberikannya kontrak setahun buat dia untuk lebih mendalami selok belok undang-undang.

“Mazlan memberitahu dia memang minat dengan undang-undang, namun tidak menemui orang sesuai untuk mengajarnya dan disebabkan itu saya memintanya menjalani latihan terlebih dahulu selama tujuh bulan,” katanya.

Aswandi berkata, pihaknya juga turut terbabit dalam syarikat konsultansi yang memberikan latihan kepada orang ramai berhubung isu perundangan dan Mazlan bertuah kerana dia diberi tanggungjawab sebagai moderator dalam satu kursus yang akan dijalankan nanti.

“Sebelum ini, ada pelawak ditugaskan sebagai moderator untuk ceramah agama jadi apa salahnya jika Mazlan diberikan ruang mejadi moderator kursus undang-undang.

“Sedikit sebanyak ilmu yang ada padanya diharap membolehkan dia mengendalikan kursus terbabit dan saya juga lihat apa yang dilakukan Mazlan kini adalah sebahagian pelan persaraan buat dirinya,” katanya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: hmetro / Kalamindah

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.