Connect with us

MOTIVASI

Kena Serbu.. Mat Saleh Jual Langos, Sejenis Makanan Tradisi Hungary, Kerana Bawa Kelainan, Ramai Kata Sedap

Published

on

Kena Serbu.. Mat Saleh Jual Langos, Sejenis Makanan Tradisi Hungary, Kerana Bawa Kelainan, Ramai Kata Sedap

Malaysia adalah sebuah negara ṳnik dan kẫya dari segi kepelbagaian budayanya, makanannya dan masyarakatnya yang baik-baik membuatkan ramai orang luar suka pada negara ini.

Bagaimanapun, dia telah mencuri pɛrhatian warga mẫya apabila tṳlar di laman s0sial kerana kelainan yang dibawanya buat masyarakat setempat.

Maka tidak hairanlah buat seorang ‘mat salleh’ dari Hugary ini untuk membuat keputusan menetap di sebuah pekan kecil di Perak dan membina kehidupannya di situ.

Adam berkahwin dengan seorang wanita tempatan Elsuraya Mohamed, dan kini menjalankan perniagaan menjual makanan tradisi Hungary iaitu ‘langos’ untuk penduduk sekitar itu.

Namun, kelibat ‘orang putih’ tersebut yang dikenali sebagai Adam Abdullah itu sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat di Kampung Gajah dan Bota.

Antara perisa langos ciptaan Adam dan isterinya ialah kaya yang dimasak sendiri, coklat, sambal bilis rangup, bawang putih minyak zaitun serta keju krim masam.

Langos merupakan sejenis roti yang digoreng garing dan ditaburkan keju di atasnya sebelum dimakan. Manakala langos versi adam dan isterinya pula telah disuntik elemen tempatan mengikut citarasa rakyat Malaysia.

Kepetahannya bercakap menggunakan Bahasa Melayu dan loghat Bota menjadikan pemuda asal Eropah Timur yang berniaga di Bota ini, disenangi penduduk tempatan.

Berkongsi pengalamannya ketika mendekati masyarakat tempatan, Adam akui agak kekok pada permulaan, namun ramai yang dapat menerimanya selepas itu.

“Pengalaman lucu pula apabila ada pelanggan yang bertanya dalam Bahasa Inggeris terkejut sebaik saya membalasnya dalam Bahasa Melayu dan menyelitkan loghat Bota,” katanya.

“Masa mula-mula berniaga, tak yakin juga mahu berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu, ramai juga yang melihat pelik dan ada yang terkejut apabila tahu saya orang Eropah kerana menyangka saya daripada Pakistan.

“Walaupun tak boleh bercakap sepenuhnya dalam loghat Bota tetapi ‘bunyi’ itu tetap ada dan pelanggan juga suka saya guna loghat itu.

Menurutnya, dia mengambil masa enam bulan untuk menguasai Bahasa Melayu dan kelebihan itu memberikan keistimewaan kepadanya ketika berniaga dan berasa lebih dekat pelanggannya.

“Antara loghat Bota yang saya suka dan akan guna setiap hari seperti maghi (mari), ngecek (menipu), untei-untei (perlahan), sapan (habis) dan kulu kyeor (ke hulu ke hilir),” katanya.

Malah, mereka yang telah mencuba longos Adam dan isterinya turut berkongsi keenakan makanan tersebut.

Ramai yang menyenangi kehadiran Adam dan Langosnya.

“Pernah nampak di pekan Selasa Kampung Gajah tapi tak pernah singgah. Lepas ni boleh cuba,” komen seorang wargamaya.

“Terbaik langos kakak dengan abang mat saleh ni. Kaya dia terbaik,” ujar seorang wargamaya.

“Dah pernah makan Langos Adam dan isterinya ni. Sedap bagi saya,” tulis seorang netizen lagi.

“Terbaik memang sedap. Alhamdulillah,” puji seorang wargamaya.

Waktu beroperasi adalah pada jam 3 petang hingga 7 malam pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Untuk anda yang mahu merasa Langos boleh ke rumah mereka di Jalan Teluk Intan, Kampung Telok Bakong Hulu, 32900 Lambor Kanan, Perak.

“Saya jatuh cinta dengan kehidupan kampung dan selain berkebun, kami turut bela ayam di rumah. Saya datang ke Malaysia dan perlu menghormati budaya serta belajar bahasa orang di sini, kalau tidak macam mana nak berbual dengan keluarga mentua dan orang tempatan.

Menurut Adam, dia mahu menjadi anak kampung sebenar walaupun tidak dilahirkan di negara ini, malah mengakui suka dan tidak malu berniaga di pasar malam untuk mencari rezeki halal.

“Saya selalu membantu isteri memasak, sambil itu belajar masakan Melayu seperti wajik pulut durian, cendol, gulai tempoyak dan mengukur kelapa dengan cara tradisional.

“Sebelum ini saya tak pernah mengukur kelapa dengan kukur, seronok juga dan senang saja nak guna kukṳr tapi kena ambil masa lama sikit untuk habiskan sebḭji kelapa,” katanya.

Sumber: ohinfokini.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.