SEMASA
Asif Jalan Menonong Atas Pentas, Menang Anugerah Artis Komedi Popular, ‘Mujur Syahmi Sempat Tarik’
Asif Jalan Menonong Atas Pentas, Menang Anugerah Artis Komedi Popular, ‘Mujur Syahmi Sempat Tarik’
Telatah bersahajanya dalam slot ‘Drama Spontan’ berjaya menambat hati rakyat Malaysia hingga apa sahaja vdeo yang membabitkannya pasti dengan mudah meraih jutaan tontonan.
Bagi anda penggemar laman Youtube, nama Asif pastinya tidak asing lagi dan kerap beraksi di saluran Youtube milik sepupunya, Syahmi Sazli.
Kemuncaknya Asif Suhaimi mencipta kejutan menewaskan calon ‘senior’ apabila diumumkan pemenang Artis Komedi Popular ABPBH tahun 2021.
Disebabkan lawak spontan beliau itu juga membolehkan beliau tercalon kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.
Namanya mula ‘trending’ melalui filem bajet rendah, Mael Totey The Movie arahan sepupu, Syahmi Sazli yang mencetuskan fenomena pada era pndemik COVlD-I9, Asif mencuit hati dengan gelagat bersahaja dan dialek Kelantan.
Asif yang mengalami autisme, menewaskan artis nama besar iaitu Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Atu Zero dan Ain Edruce yang bersaing dalam kategori sama.
” Terima kasih kepada peminat dan penyokong yang tidak lokek mengundi saya. Terima kasih juga kepada keluarga dan sanak-saudara… Semualah. Kalian terbaik!.
” Saya gembira terima anugerah ini. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan kejayaan ini,” katanya yang ditemani sepupunya, Syahmi pada Malam Kemuncak ABPBH 34.
Ditanya apakah kemenangan itu akan mengubah sikapnya, Asif menafikan perkara itu.
” Saya tidak akan lupakan jasa dan kebaikan Syahmi yang membuka jalan selama ini,” katanya yang akan memulakan penggambaran filem baharu, 35 MM arahan Syahmi, tidak lama lagi.
” Sama sahaja… Tiada yang berubah. Saya masih Asif yang dahulu. Kejayaan ini menjadikan saya lebih bersemangat berkongsi kelebihan yang ada di sebalik kekurangan diri.
Tampak gugup, Asif terus spontan memberi ucapan berikut kepada peminat beliau.
Ketika tampil mengambil trofi secara langsung, Syahmi di lihat mengiringi Asif dan mengigatkan Asif untuk memberi ucapan kerana masa yang di berikan hanya 5 saat sahaja.
” Assalamualaikum selamat petang dan selamat malam terima kasih banyak-banyak, mari sini, atas pentas” ucap Asif.
Paling mencuri tumpuan apabila Asif dilihat berjalan agak laju di atas pentas dan terus menuju ke arah tempat mikrofon tanpa mengambil trofi terlebih dahulu.
Keadaan menjadi agak kelakar ketika itu sehingga memaksa Syahmi Sazli menarik tangan Asif. (lihat vdeo di bawah).
Filem yang mula ditayangkan pada 22 Oktober tahun lalu itu dilaporkan memecah dominasi rekod filem Polis Evo dan Hantu Kak Limah sebagai filem terlaris untuk tayangan platform itu.
Terdahulu, filem Mael Totey The Movie meraih kutipan RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari tayangan di platform Astro First.
Pembikinan filem berkenaan juga menarik perhatian kerana kos menghasilkannya hanya kira-kira RM400,000 yang dibiayai Syahmi sendiri.
Kenali siapa Asif
1) Pemilik nama sebenar Mohd Asyiff Suhaimi.
2) Berasal dari Kelantan.
3) Berumur 17 tahun (2019).
4) Merupakan anak sulung yang mempunyai seorang adik lelaki bernama Asyraff yang berusia 16 tahun, hasil daripada perkahwinan keempat bapanya. Keseluruhannya, beliau mempunyai tujuh adik-beradik berlainan ibu.
5) Penghidap masalah mild autisme.
6) Kesempitan hidup memaksa Asif dan adiknya untuk menamatkan persekolahan lebih awal (berhenti sekolah). Kehidupan mereka sekeluarga pula hanya bergantung pada gaji harian ibunya yang juga merupakan sumber pendapatan utama mereka.
7) Bagaimanapun nasib Asif berubah apabila menempa populariti luar biasa sebagai pelakon dalam slot ‘Drama Spontan’ yang dihasilkan oleh sepupunya, Syahmi Sazli, 24, menerusi Youtube.
Fakta Menarik
1) Asif Terkenal dengan trademarknya yang berbunyi, “Tak gurau Mi”.
2) Hanya mengenali nilai wang kertas RM1.
3) Kebiasaannya tidur di siang hari.
4) Dibayar RM200 bagi setiap video lakonannya. Bagaimanapun Syahmi turut membantu beliau dalam menyediakan keperluan barang harian dan pakaian.
5) Akaun Instagram Asif yang menggunakan nama @asifsuhaimi02 kini di bawah seliaan kakaknya, Siti Nurul Atina Suhaimi.
Tahniah kepada asif…
Sumber: bharian dan iluminasi / thebolalive
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.