SEMASA
Netizen ‘bengang’ siasatan tentang majlis Neelofa dan PU Riz Ditangguh lagi, Dah 3 minggu
Biarpun sudah 3 minggu berlalu, siasatan terhadap pasangan selebriti Neelofa dan suaminya pendakwah bebas PU Riz yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) sewaktu majlis pernikahan mereka masih belum menemui kata putus.
Kertas siasatan dihantar minggu depan

Polis akan melengkapkan kertas siasatan selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara minggu depan.#AWANInews #AWANIpagi #DisiplinMalaysia #NormaBaharu #ICYMIhttps://t.co/WjrBrFKc05
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) April 18, 2021
Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kes itu akan diselesaikan selepas pihaknya melengkapkan beberapa maklumat dalam kertas siasatan sebelum dihantar semula.
Difahamkan lagi sebelum ini, pihaknya telah menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
“Kita telah menghantar kertas siasatan ke pejabat Peguam Negara dan ada beberapa arahan perlu kita ambil.
“Kita akan lengkapkannya dan hantar semula ke Pejabat Peguam Negara dalam minggu hadapan,” katanya seperti memetik laporan di Astro Awani.
Apa kata netizen?

Menjengah komen netizen di Twitter berkenaan isu tersebut, ternyata ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap berita berkenaan.
Mereka menyifatkan keputusan itu sebagai tidak adil. Mana tidaknya, apabila rakyat marhaen langgar SOP terus dikenakan kompaun ‘on the spot’ walhal pihak berkuasa mengambil masa sehingga berminggu-minggu ‘menyiasat’ kes melibatkan selebriti.
Antara dua darjat

Kalau rakyat biasa tiada siasatan, atas pelamin terus kompaun

Dah macam kes menyeleweng duit

Apa yang ‘complex’ sangat kes ni?


‘Double standard’

Rakyat miskin terus disaman

Terdahulu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor dan Haris Ismail diijabkabulkan pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Tonton video penuh:
Sumber: Astro Awani
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di mimbar raudhah
-
PANDUAN4 years agoMesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI3 years agoAyah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH3 years agoNiat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI4 years agoAlhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI4 years agoMampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI3 years agoPelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA3 years agoNasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI3 years ago“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.

