Connect with us

SEMASA

Pelajar Wanita Melahirkan Anak Ketika Menjawab Kertas Peperiksaan

Published

on

Pelajar Wanita Melahirkan Anak Ketika Menjawab Kertas Peperiksaan

Kejadian berlaku di sekolah St Balikuddembe Primary, Jalamba Ward di bandar Buwama pada Rabu lalu, menurut Daily Monitor yang dipetik Daily Star.

Seorang pelajar berusia 13 tahun di Uganda melahirkan bayi lelaki ketika menjawab peperiksaan bagi subjek matematik, malah turut sempat menyelesaikan kertas lain.

“Dia memberitahu pengawas mahu bersalin selepas 20 minit menjawab peperiksaan dan dikejarkan ke pusat perubatan berdekatan.

Guru Besar sekolah itu, Godfrey Ssemanda memberitahu media tempatan, pelajar itu mengadu sakit mahu bersalin ketika menjawab peperiksaan namun diberikan masa tambahan 45 minit untuk menyelesaikan kertas ujiannya selepas itu.

“Selepas bersalin, dia kembali menyelesaikan peperiksaannya. Dia menyelesaikan kertas Pengajian Sosial juga pada petang itu,” katanya memberitahu NTV.

Sementara itu, jururawat Gorreti Nakachwa berkata, pelajar itu melahirkan bayi seberat tiga kilogram secara normal dan tidak menghadapi sebarang komplikasi.

Katanya, pelajar itu dikagumi ramai kerana mampu kembali dan meneruskan peperiksaannya selepas sejam meninggalkan dewan peperiksaan untuk bersalin.

“Dia beruntung tidak berhadapan komplikasi dan kedua-dua ibu serta anak sihat,” katanya.

Ibu bapa pelajar itu memberitahu, anak perempuan mereka hamil selepas terjerat hubungan s*ks dengan lelaki ketika tidak ke sekolah berikutan perintah berkurung Covid-19, tahun lalu.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Harian Metro / Berita Tempatan

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.