MOTIVASI
Inilah R4hsia d4ri Ustaz Ebit Lew, K3untungan M3ncapai hingga RM700k 1 h4ri
Sumbangan yang diberikan oleh Ustaz Ebit Lew kepada mereka yang memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak. Malah ada yang melemparkan tuduhan kononnya beliau dikatakan ri4k kerana menggunakan kereta mewah sewaktu memberi bantuan.
Menerusi akaun Facebook rasminya, beliau menjelaskan berkenaan pendapatan yang diperoleh beliau dari beberapa sumber yang diusahakan sendiri.
Sumber pendapatan beliau digunakan untuk berkongsi bersama golongan-golongan susah. Hal ini menepis segala dakwaan yang mengatakan beliau menggunakan dana dari sumbangan untuk hidup mewah.
Ebit lew Bekerja dan berniaga lebih 10 tahun
“Syukur pada Allah yang Maha Kaya lagi Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga sudah lebih 10 tahun.
Dulu saya tidur di masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa bila dah besar. Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh.
Hidup saya dulu susah betul, sekolah stokin pun takde. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai bagi saya.
Saya mula bekerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4 tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluarga sunnah sekali hadir lebih 7000 orang.
Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia. Syukur ramai yang mendapat manfaat. Buat dekat hotel 5 bintang dan dewan besar. Persiapan macam konsert sebagai daya tarikan dan lebih selesa. Teambuilding training sebelum ini mereka bayar syarikat luar negara dan syarikat besar. Mereka mula mencari yang ada nilai islamic.
Ada 3 restoran dan 2 rancangan tv
Saya ada 3 buah restoran Paramount Coffee House. Sebenarnya sudah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik hari pertama buka sale habis jubah semua. Selepas itu makin semangat. Syukur rezeki makin melimpah ruah.
Saya menulis 9 buku. Semua buku laris dan habis terjual. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook. Rupanya youtube dan facebook bayar banyak juga kerana mereka tumpang iklan dekat facebook dengam youtube.
Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door ebit lew Astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang. Ramai juga yang lain dekat 40 orang on off sukarelawan saya yang ada bayaran juga.
Jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak
Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semua sekali. 2 perkara penting. Rajin dan harus Yakin. Tiada tempat dunia dan akhirat untuk orang pemalas.
Yakin pada Allah yang maha esa. Allah beri rezeki. Dia punya semua. Tiada kita punya. Jaga solat awal waktu. Bila susah selalu beri masa solat sunat. Tahajud dan Dhuha. Jaga mak ayah dan mertua dengan baik. Jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak. Beri mereka kasih sayang. Pelukan dan kasih sayang. Tanpa doa bidadari saya dan anak-anak pasti tak dapat semua ini. Allah beri rezeki. Amin…
Ada orang kata saya bodoh
Dulu ingat lagi selalu bila jumpa orang susah baju buruk pergi masjid. Saya tanggal jubah saya beri dekat dia. Dia nak selipar beri selipar.
Sampai orang kata saya bodoh. Kau susah nak tolong orang. Saya sedih. Tapi saya yakin Allah pasti balas. Sekarang anak jalanan saya bawa shoping dekat shopping mall sogo.
Tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah. Dunia sementara sahaja. Akhirat selamanya. Miskin atau kaya bukan pada rumah kereta. Tapi pada hati yang ikhlas membantu orang lain. Walau ada sepinggan share dengan orang lain. Sahabatku percayalah disebalik ujian ada rahmat.
Barangsiapa bekerja untuk membantu seramai mungkin orang miskin dan anak yatim dia sedang berjihad di jalan Allah. Penting didik anak menjadi rajin. Didik anak jadi orang kaya takwa. Didik anak jadi pemimpin. Didik anak jadi terkenal dunia serta akhirat. Supaya kita semua jadi Duta Islam dan bawa akhlak Nabi SAW.
Sumber: Ustaz Ebit Lew
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di mimbar raudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.