Connect with us

PANDUAN

Resepi Bancuhan Air Nescafe Paling Sedap, Perkongsian Bekas Pekerja Starbucks

Published

on

Resepi Bancuhan Air Nescafe Paling Sedap, Perkongsian Bekas Pekerja Starbucks

Seorang bekas pekerja Starbucks berkongsikan resepi bancuhan air nescafe paling sedap dan pekat persis kafe mahal hasil penpengalamannya bekerja sebagai ‘barista‘ di Starbucks selama ini.

Tak dinafikan ramai antara kita yang suka minum nescafe. Namun meskipun ramai yang suka, tidak ramai yang pandai menyediakannya sendiri di rumah. Selalunya rasanya macam tak sampai di tekak seperti yang biasa diminum di luar.

RESIPI BANCUHAN NESFACE PALING SEDAP!

Tapi nescafe ni power, macam panadol. Juling bijik mata kalau minum. Untuk seorang minum. Nescafe sedap bergantung pada kesempurnaan warnanya. Mintak maaf ya, aku paling tak suka 3 in 1 tu…kite menci 3 in 1. Kepada pen agih sekalian alam….Kalau boleh sehari sekali dua cukuplah…jangan gelas besar, 280 – 325ml pun dah ok. Asal hilang keta gih sebab tu perut kau buncit tak kempis-kempis…yang disalahkan, nasi…kesian nasi.

Salam 1 jemaah nescafe…saya tak pandai masak. Tapi reti buat air nescafe je..huhu. Hantu nescafe, berkurun asyik minum nescafe. Tahap ket agih dah..boleh la sikit-sikit, berbekalkan pengalaman kerja di Starbucks berbelas tahun dahulu. Ini formula mengikut selera aku. Kalau korang nak rasa macam almond latte, letak minyak kelapa dara sedikit dalam sesudu kecik. Pun sedap!

INI RAHSIANYA!

1.Sesudu kecil nescafe. Tapi jangan penuh menggunung ok.

2. Susu cair dalam 2-4 sudu kecil

3. Susu manis 1 setengah sudu hingga 2 sudu kecil

4. Campurkan dan kacau sekali

5. Warna bila dicampur dan dikacau, waktu ni bau macam dekat Starbucks kononnya. Jangan risau, ini just nice tak bermanis. Sebab aku tak suka minum manis-manis. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.

6. Lepas dah kacau kuchalana tadi, baru tuangkan air yang betul-betul panas mendidih!

7. Dah siap! Memang sedap, jangan ketagihan sudah lah. Perhatikan warnanya, warna Sungai Pahang ini lah yang kita nak. Kalau nak thrill lagi, letak sesudu minyak kelapa dara. Ikan di air sudah ku tahu jantan betinanya, macam tu lah nescafe.

*Buat anda yang merupakan penggemar Nescafe tu memang wajib cuba! Barulah terbuka luas mata sebelum pergi kerja tu.

Dah terbiasa dengan etika budaya kerja Starbucks dahulu kala, never ever fill up the water to the top. Mesti 3/4.

Terbaiklah perkongsian dari lelaki ini, nanti di rumah anda boleh cuba buat sendiri ya, takkan asyik nak beli di luar, hihi.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Berita Tempatan

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.