PANDUAN
25 Kegunaan Luar Biasa Petroleum Jelly Selain Sapu Pada Kulit Kering. Rugi Kalau Biar Expired
25 Kegunaan Luar Biasa Petroleum Jelly Selain Sapu Pada Kulit Kering. Rugi Kalau Biar Expired
Disebabkan hanya tahu itu saja fungsinya maka produk ini punyalah lama tersimpan, sampai expired.
Kebiasaannya kita guna petroleum jelly atau jenama yang popular Vaseline untuk rawatan kulit yang kering.
Yang sebenarnya petroleum jelly ini ada banyak sangat kegunaan lain dalam kehidupan seharian kita. Bukan untuk kecantikan saja tapi untuk kegunaan rumah juga.
Ini adalah sebahagian dari 25 kegunaannya yang ramai tak tahu.
1. Elak gincu melekat pada gigi. Hanya sapu nipis Vaseline pada gigi depan sebelum mengenakan gincu.
2. Tambah kilat pada gincu jenis matte. Campurkan gincu dan Vaseline pada belakang tangan dan oles pada bibir.
3. Kemaskan kening yang berterabur. Sapukan sikit Vaseline pada bulu kening dan ia akan kemas dan berkilat.
4. Buang kulit mati pada bibir. Sapu tebal pada bibir, biarkan beberapa minit. Kemudian skrub bibir dengan berus gigi yang lembut dan bersih. Bilas.
5. Panjangkan dan lentikkan bulu mata. menggunakan berus maskara yang dibersihkan, sapu pada bulu mata sebelum tidur.
6. Keluarkan cincin yang tersekat. Sapukan vaseline menggunakan cotton bud, kemudian tolak ke depan dan kebelakang sehingga cincin dapat dikeluarkan dari jari.
7. Serlahkan pipi. Sapukan sedikit jelly ini pada pipi sebelum menyapu pemerah pipi. Boleh juga sapu pada kelopak mata sebelum menyapu eye shadow untuk kesan lebih berkilat.
8. Rawat jaket kulit. Jika ada bahagian pada jaket yang kelihatan kering sapu Vaseline pada bahagian tersebut. Kemudian lap kembali.
9. Hapus kaki berbau. Jika terasa kaki ada bau yang kurang menyenangkan, sapu Vaseline dan biarkan selama 15 minit. Kemudian lap dengan tisu atau kain kering.
10. Hindari rasa panas selepas bercukur. Terlebih dahulu, masukkan Vaseline dalam peti sejuk. Selepas bercukur sapu Vaseline yang sejuk ini pada bahagian terbabir.
11. Elak ruam lampin. Sapu pada bahagian punggung atau celah peha bayi sebelum mengenakan lampin.
12. Hindari syampu masuk mata bayi waktu mandi. Letakkan Vaseline pada bahagian kening dan syampu akan terhindar memasuki bahagian mata.
13. Rambut bersinar. Sapukan Vaseline pada rambut paling atas untuk nampak lebih bersinar dan mengelakkan rambut bercabang.
14. Buang gula-gula getah pada rambut. Sapukan pada rambut yang terkena gula-gula getah dan usap sehingga ia tertanggal.
15. Kulit kepala gatal. Urut Vaseline pada kulit kepala untuk mengurangkan kegatalan akibat kelemumur.
16. Kurangkan kesan calar pada perabot kayu. Sapukan Vaseline pada perabot yang ada kesan calar akibat terkena cincin atau gelang. Biarkan selama 24 jam, kemudian sapu dan kilatkan.
17. Elak kesan pewarna rambut pada kening. Ketika warnakan rambut di rumah, sapukan Vaseline pada sekeliling kepala untuk mengelakkan pewarna rambut melekat pada kening.
18. Buang kesan lilin. Sapu Vaseline pada sekeliling kesan lilin dan biar seketika. Selepas itu lap menggunakan tisu atau kain.
19. Buang gula-gula getah pada kayu. Sapu Vaseline pada gula-gula getah yang melekat ini sehingga ia terpisah dari kayu.
20. Elak pintu berbunyi. Letak sedikit vaseline pada ensel untuk mengelakkan ia berbunyi.
21. Buka mangga pintu yang ketat. Sapu pada anak kunci dan cuba buka, insya-Allah ia akan dibuka dengan mudah.
22. Hilangkan siku atau lutut yang hitam. Sapu Vaseline pada bahagian yang hitam ini setiap hari.
23. Kecutkan jerawat. Kalau tiada ubat jerawat sapu sedikit Vaseline pada untuk meredakan kemerahannya.
24. Minyak wangi tahan lama. Sebelum pakai minyak wangi, sapukan Vaseline pada tangan dan leher kemudian barulah sembur.
25. Rawat luka ringan. Sapu pada luka kecil untuk cepat sembuh. Ia melembapkan bahagian luka selain mengelakkannya terkena kotoran supaya tidak terkena jangkitan.
Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: onegoodthing
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.