Connect with us

MOTIVASI

Budak lelaki bertandang ke kedai elektronik setiap hari, pinjam tablet pameran untuk buat kerja sekolah

Published

on

Budak lelaki bertandang ke kedai elektronik setiap hari, pinjam tablet pameran untuk buat kerja sekolah

Oleh kerana di sekolahnya para pelajar memerlukan akses internet dan komputer, laptop ataupun tablet untuk membuat kerja sekolah, tetapi disebabkan keluarga Guilherme yang miskin, kanak-kanak itu tidak mempunyai kelengkapan sedemikian di rumah.

Seorang pelajar berusia 10 tahun yang dikenali sebagai Guilherme Santiago berasal dari keluarga yang miskin di Recife, Brazil dan dia tidak mempunyai apa-apa gajet moden untuk membuat kerja sekolah seperti yang dikehendaki gurunya.

Setiap hari, Guilherme akan pergi ke sebuah kedai elektronik berhampiran dan menggunakan tablet yang dipamerkan di situ untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Kehadiran Guilherme menggunakan tablet di situ memang disedari oleh para pekerja di kedai berkenaan.

Guilherme yang merupakan salah seorang pelajar pintar di sekolah bagaimanapun tidak berputus asa dan berusaha untuk mendapatkan akses internet. Ternyata budak lelaki berusia 10 tahun ini sememangnya cerdas dan mempunyai idea yang bijak, tanpa memberi alasan untuk tidak menyiapkan kerja sekolah.

Video itu kemudiannya dimuat naik di media sosial sebelum dikongsi di Twitter dan menjadi tular sehingga mencecah lebih 12 juta tontonan pada tahun 2019.

Satu hari, ketika dia sedang asyik menyiapkan kerja sekolahnya, seorang pengunjung kedai telah merakam video aksinya yang gigih membuat kerja sekolah menggunakan tablet Samsung di kedai berkenaan.

Salah seorang pekerja kedai memberitahu pada mulanya Guilherme menggunakan telefon pintar untuk membuat kerja sekolahnya, namun kemudian mereka mempelawa Guilherme untuk menggunakan tablet yang dipamerkan demi keselesaannya.

“Budak ini tiada akses internet, pergi ke pusat beli-belah dan gunakan tablet di sini untuk membuat kerja sekolahnya. Pujian kepada kakitangan kedai itu yang membenarkan dia menggunakannya selama mana yang dia perlukan,” ciapan di Twitter itu berbunyi.

Difahamkan Guilherme bersekolah di Sekolah Bandaraya Abilio Gomes yang mempunyai pelajar seramai 278 orang, namun sekolah itu hanya mempunyai 12 komputer jenis tablet untuk kegunaan para pelajar.

Namun begitu, tidak kurang juga yang mengkritik pihak sekolah kerana gagal menyediakan komputer secukupnya untuk kegunaan pelajar melakukan tugasan.

Kisah Guilherme yang menggunakan tablet Samsung ini menjadi tular sehingga mendapat perhatian pihak Samsung yang kemudian bermurah hati mendermakan dua buah tablet kepada Guilherme Santiago dengan segala urusan pembayaran dan insurans ditanggung oleh mereka.

Sumber: erabaru.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.