SEMASA
Sekadar Hanya makan nasi berlauk air Dan garam Sahaja, kisah lelaki ini undang sebak netizen
Ramadan menjelma lagi.. Pasti ramai yang gembira menyambut Ramadan bersama ahli keluarga tambahan lagi apabila menikmati juadah lazat dan enak sewaktu sahur dan berbuka.
Namun, berlainan pula bagi seorang lelaki ini yang hanya makan nasi berlaukkan ‘penambah perasa’ sahaja.
Alas perut lapar dengan menu ‘istimewa’
Seperti orang lain yang seronok berkongsi hidangan harian mereka di laman sosial, lelaki dikenali sebagai @Rast_96 itu turut tampil berkongsi hidangan ‘istimewanya’ itu untuk mengalas perut lapar menerusi aplikasi TikTok.
@r4st_96
Berselera makan nasi lauk air dan garam
Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila melihat reaksi lelaki itu menikmati juadah nasi berlaukkan air putih ditambah garam itu penuh berselera seperti sudah kerap menjamahnya.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen menuduh video yang dikongsi tersebut hanyalah sekadar ‘content’ semata-mata daripada buang duit beli ‘data’ internet lebih baik beli lauk.
Membidas kenyataan terbabit, lelaki yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Sungai Buloh itu memberitahu bahawa kisah itu benar dan dia menggunakan ‘WiFi’ ofis untuk memuat naik video itu.
https://www.tiktok.com/@rast_96/video/6949955789947669761?referer_url=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2Fhanya-makan-nasi-berlauk-air-garam-kisah-lelaki-ini-undang-sebak-netizen%2F&referer_video_id=6949955789947669761&refer=embed&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6950503079884768769
Dalam video lain pula, lelaki itu turut berkongsi hidangan yang sama cuma ditambah ikan kering serta kicap untuk dijamah sewaktu sahur.
@r4st_96 ♬ original sound – Indira Nur Annisa Bp – Indira Nur Annisa Bp
Sabar sahabat, moga dimurahkan rezeki
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa simpati dan sebak melihat nasib lelaki itu dan mendoakan agar dirinya dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.
Jauh berbeza dengan kehidupan sendiri
Ajar anak bersederhana
Ujian Allah

Terima kasih jentik hati saya untuk bersyukur

Menitis air mata tengok


Bila cermin diri sendiri… Banyaknya nikmat yang Allah beri. Kita ni, atas meja dihidangkan lebih dari 3 jenis lauk. Itu pun ada masa kita merungut kalau makanan itu tak sedap atau tak menepati kesukaan kita.
Sebab itulah kita kena sentiasa bersyukur atas setiap rezeki yang diberikan kerana ramai lagi yang tak berpeluang merasa ‘nikmat’ yang Allah pinjamkan kepada kita.
Sumber: TikTok @Rast_96
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di mimbar raudhah
-
PANDUAN4 years agoMesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI4 years agoAyah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH4 years agoNiat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI4 years agoAlhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI4 years agoMampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI4 years agoPelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA4 years agoNasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI4 years ago“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.


