SEMASA
Sweetnya Azad Jasmin, Hadiahkan Eira Syazira Rumah Impian Siap Dengan Surau Mini Lagi
Pelakon Azad Jasmin menunaikan impian isterinya, aktres Eira Syazira untuk memiliki sebuah ‘rumah impian’.
Azad atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Azad turut merakam momen indah ketika membuat kejutan untuk isteri tercinta.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik Eira di Instagram, Azad telah membawa Eira ke kediaman baru mereka, sebuah rumah dua tingkat sebaik sahaja isterinya selesai mengerjakan solat tarawih.
Eira yang dibawa ke ‘rumah impian’nya dalam keadaan mata tertutup tergamam sebaik sahaja tiba di kediaman baru mereka.
“Surprise!!!! Bismillahirrahmanirrahim, masuk inilah rumah kita,” katanya sambil memaut erat bahu Eira dan memimpin isterinya masuk ke dalam kediaman baru mereka yang berkonsepkan ‘modern luxury’.
Menerusi video berdurasi lebih 40 minit itu Azad turut membawa Eira melakukan ‘house tour’.
“Sebelum ni you selalu cakap nak meja makan yang boleh muatkan 10 orang makan…I adakan untuk u.
“Rumah kita ada surau juga, selepas ini kita tarawih sama-sama kat sini ya.
“Impian you untuk ada dapur kering dan dapur basah juga i tunaikan,” katanya kepada Eira.
Difahamkan, Azad mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkan hiasan dalaman kediaman tersebut tanpa pengetahuan Eira.
“I tipu saya cakap kawasan sini ada kes Covid-19,” dedahnya kepada Iera yang tertanya-tanya bila Azad melengkapkan keseluruhan hiasan bermula dari ruang tamu sehingga ke bilik tidur di ruangan atas.
Momen indah tersebut turut dikongsi Azad di laman sosial peribadi Instagramnya.
“Selepas 13 tahun tinggal di ‘rumah flat’ hari ini, pada bulan Ramadan yang mulia i hadiahkan rumah ini untuk u. i harap u suka.
“Sekarang ni i nak u pergi balik rumah dan ambil anak-anak kita sekarang juga bawa datang ke sini,” katanya.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji Azad dan berasakan Eira seorang isteri yang bertuah.
Mereka turut mendoakan agar pasangan ini dilimpahkan rezeki dan kebahagiaan oleh Allah SWT sehingga ke akhir hayat.
Sumber : gempak
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.