Connect with us

PANDUAN

Tanam Keledek Dalam Plastik Beras Lagi Mudah, Nak Tuai Hasil Pun Senang

Published

on

Tanam Keledek Dalam Plastik Beras

Tanam Keledek Dalam Plastik Beras Lagi Mudah, Nak Tuai Hasil Pun Senang

Tengok ni, tanam dalam plastik beras pun menjadi, tetap banyak hasilnya. Jadi kalau tiada laman boleh ikut cara penanaman keledek kuning yang dikongsi oleh Jatye Atie Christie.

Walaupun keledek tanaman menjalar tapi tak semestinya kena tanam atas tanah, buat batas bagai.

Daripada buang beg plastik beras, kita buat macam ni ya! Dapat juga makan keledek yang manis ni kan.

Tanam keledek dalam plastik beras, guna keratan batang

Tanam Keledek Dalam Plastik Beras

1. Boleh guna plastik beras 5kg, atau 10kg. Tebuk bahagian bawah untuk pengaliran air.

2. Ambil tanah hitam, Cocopeat dan tanah biasa masukkan dalam plastik tadi.

3. Kemudian cucuk saja keratan batang keledek dalam tanah. Boleh juga tanam guna ubinya.

4. Siram sekurang-kurangnya sekali sehari dan letak di kawasan yang kena cahaya matahari.

5. Buatkan pancang kayu kerana pokok ini menjalar. Keledek boleh dituai selepas 3 bulan.

Yang ini, bawah beg plastik pun masih ada ubi. Bila dah tuai ambil keratan batang pokok keledek dan tanam lagi.

Tanam Keledek Dalam Plastik Beras

Tip kerat batang pokok keledek untuk ditanam

Tanam keratan tersebut secara condong dan pastikan suku daripada bahagian keratan tersebut timbul pada bahagian permukaan tanah.

Penanaman secara keratan boleh dilakukan dengan memotong batang ubi keledek dalam lingkungan panjang 20cm hingga 30cm.

Sumber: Jatye Atie Christie

Lihat lagi: Tak Perlu Baja Cuma Siram Saja, Tip Pokok Lemon Cepat Berbuah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.