SEMASA
(VIDEO) “Jalan Pun Dah Tau, Dia Mesti Akak Kawasan” Terlambat Ambil Adik Balik Sekolah, Reaksi adik Ni Curi Tumpuan

Bagi pelajar yang menaiki van atau bas sekolah, mereka perlu berhimpit dengan budak-budak lain dan kurang selesa berbanding mereka yang dijemput ahli keluarga. Seronok sikit dapat naik kereta sendiri, aircond pun ada.
Sesi persekolahan sudah tentu memenatkan pelajar dan membuatkan mereka tidak sabar ingin balik ke rumah. Tambahan pula jika bersekolah pada sesi pagi dan kelas terakhir habis pada waktu tengah hari, mesti tak tahan dengan cuaca panas dan rasa lapar.
Namun, lain pula dengan situasi yang berlaku kepada seorang pemuda ini apabila dia terlambat ambil adiknya balik dari sekolah.
Bengang abang ambil lambat, selamba campak beg sekolah sebab marah
Adiknya merenung tajam dari jauh dan sebaik saja dia membuka pintu kereta, dia mencampakkan beg sekolah kepada abangnya kerana geram dibiarkan menunggu lama.
Menerusi video yang dikongsi oleh @luqmanmha, kelihatan dia sedang menunggu adiknya yang sudah habis sekolah di dalam kereta. Akan tetapi, disebabkan dia terlambat untuk mengambil adiknya itu, tak pasal-pasal dia dapat habuan yang tidak dijangka.
Video: https://www.tiktok.com/@luqmanmha/video/7037435162090687770
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1.9M tontonan, 217K tanda suka dan 3K perkongsian di TikTok.
“Bukan nak cakap apalah. Bila lambat ambik tu satu kesalahan berat, jadi harus terima. Haha jalan pun dah tahu kak long kawasan ni” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan adik pemuda itu. Malah, ramai yang dapat relate dengan situasi tersebut kerana pernah terjadi kepada mereka juga dulu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: says.com / Kalamindah
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI3 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH3 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI3 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA3 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI3 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.