SEMASA
Tindakan abang menarik adiknya kerana takut dimakan kuda undang tawa orang ramai
Tindakan abang menarik adiknya kerana takut dimakan kuda undang tawa orang ramai
Menerusi video yang meraih perhatian orang ramai di TikTok ini, kelihatan dua orang adik-beradik berada di kandang kuda.
Anak sulung adalah anak yang dididik sebagai pemimpin agar menjadi teladan bagi adik-adiknya. Sikap dan semangat kepimpinan anak sulung muncul kerana rasa tanggungjawab yang wujud dalam dirinya. Tidak kira anak sulung itu perempuan atau lelaki, mereka juga sangat mengambil berat dan prihatin akan sesuatu yang berlaku dalam keluarga. Mereka juga mempunyai sifat penyayang dan kadang-kadang tidak terduga. Contoh yang dapat dilihat ialah kisah seorang abang menarik adiknya kerana takut dimakan kuda.
Rupa-rupanya si abang takut adiknya dimakan kuda itu. Dia bukan sahaja cuba menjauhkan adiknya daripada kuda itu malah dia turut menangis kerana begitu bimbang jika kuda berkenaan menerkam adik comelnya itu.
Namun, apabila si adik mendekati kuda tersebut, tiba-tiba si abang menarik adiknya menjauhi kuda yang berada di belakang pagar tersebut.
Netizen yang menonton video tersebut juga merasakan tindakan si abang agak melucukan kerana sampai terseret adik dibuatnya. Namun, mereka kagum kerana kecil-kecil lagi si abang sudah menunjukkan sikap penyayang terhadap adiknya. Dia seolah-olah tidak mahu adiknya dicedarakan biarpun kuda tersebut berada di belakang pagar.
Kejadian itu memang diluar jangkaan dan mengundang tawa si ayah.
Adakah kuda haiwan yang boleh mencederakan? Mari lihat fakta menarik mengenai kuda.
- Kuda adalah haiwan herbivor yang makan mulai buah-buahan hingga rumput.
- Kuda boleh tidur sambil berdiri kerana ia mempunyai sistem tendon dan ligamen yang membolehkannya ‘mengunci’ kakinya dalam posisi tetap sambil berehat dan tidak jatuh. Melainkan ia terlalu penat, ia akan baring di atas tanah.
- Kuda biasa hidup lebih dari 30 tahun. Namun ia bergantung kepada cara pemakanan, pemantauan kesihatan dan faktor sekeliling.
- Kuda tidak boleh bersendawa, muntah atau bernafas melalui mulut seperti yang dilakukan manusia. Sistem pencernaan kuda adalah ‘jalan sehala’, tidak seperti lembu yang boleh mengunyah semula makanan.
- Kuda mempunyai 10 otot yang berbeza di telinganya. Ini membolehkan kuda berpusing hampir 180 darjah dan bergerak secara bebas antara satu sama lain. Manakala manusia pula mempunyai tiga otot di telinga mereka.
- Kuda adalah haiwan kawanan yang memerlukan teman untuk terus hidup baik kuda liar atau kuda domestik. Kuda sukar menjalani kehidupan bersendirian.
- Kuda adalah haiwan yang bijak yang boleh dilatih seperti anjing. Terdapat kajian yang menunjukkan kuda mampu memberitahu penjaganya tentang keperluan dirinya.
- Umur kuda boleh dijangka dengan melihat bilangan giginya. Tetapi ada juga kuda yang umurnya lebih panjang daripada bilangan giginya.
- Kuda boleh bertindak sepantas kilat. Daripada pegun berdiri, kuda mampu melakukan tendangan kuat dalam hanya 0.3 saat, manakala masa tindak balas manusia pula ialah 1.6 saat.
Sumber: erabaru.com.my
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.