Connect with us

PANDUAN

Tip Tanam Timun Dalam Pasu Termasuk Timun Jepun & Cara Penjagaannya

Published

on

Tip Tanam Timun Dalam Pasu Termasuk Timun Jepun & Cara Penjagaannya

Bagi yang nak cuba tanam timun termasuklah timun Jepun boleh ikut tip yang dikongsi ini . Jimat belanja dapur, timun Jepun antara yang mahal harganya.

Timun antara sayur yang kerap kita makan, jadi memang berbaloi sangat kalau nak cuba tanam sendiri. Ia juga sesuai ditanam dalam bekas kalau ruang tak mencukupi.

Tip tanam timun Jepun dan timun biasa

Tip Tanam Timun

1. Penjagaan

  • Siram air dua kali sehari, waktu pagi dan petang pada hari panas.
  • Ini perlu dilakukan supaya medium tanamannya sentiasa berkeadaan lembap sentiasa agar pokok dapat tumbuh subur dengan daun, bunga atau putik buahnya tidak layu dan gugur secara tiba-tiba.
  • Siram bila perlu sahaja pada hari hujan.

2. Penanaman dalam pasu atau bekas

Pokok timun termasuk timun jepun sesuai ditanam dalam pasu dan juga bekas tanaman lain. Berikut cara penanaman yang boleh dipraktikkan.

  • Gunakan campuran medium tanaman untuk pokok berpasu dalam nisbah 3:2:1
    (3 top soil : 2 Bahan organik: 1 Pasir sungai) untuk menanamnya.
  • Lebih mudah beli tanah di kedai nursery. Tanah organik.
  • Terus tanam 2 biji benih dalam bekas atau pasu. Letak tempat redup. 2 atau 3 hari benih akan bercambah.
  • Apabila benih tumbuh 5-6 helai daun alih pasu menghadap cahaya matahari/ dedahkan anak pokok pada cahaya matahari terus.
  • Bila pokok sudah memanjat memerlukan sokongan seperti pancang atau junjung untuk pokoknya tumbuh subur dan berbuah.

3. Baja

  • Tanah yang subur peringkat semai sangat lah penting.
  • Bila pokok dah dewasa. Selang seli baja subur setiap 2 minggu sekali.
  • Tinja ayam dan kompos sangat disukai pokok timun batang.

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Benih Sayuran

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.