SEMASA
“Tipulah Saya Kata Tak Down. Saya Rasa Dunia Ini Begitu Gelap” Dahulunya Mata Kiri, Kini Mata Kanan Pemuda Ni Pula Buta Sepenuhnya
Bayangkan bagaimana keadaannya saat dilahirkan dengan segala nikmat namun kemudian Allah S.W.T menguji dengan menarik nikmat tersebut satu-persatu? Mungkin pada masa tersebut kita akan rasa seperti tiada lagi sebab untuk kita hidup didunia ini.
Begitulah keadaan yang terpaksa dilalui oleh seorang pemuda dari Machang yang dikenali sebagai Syed Hafiz Hafizi Syed Omran. Pemuda berusia 22 tahun ini kehilangan penglihatan matanya bermula dengan mata kiri sebelum diikuti mata kanan pula setahun kemudian.
Itulah ujian daripada Allah S.W.T buat beliau. Pasti ada hikmah disebalik ujian ini. Namun, hati dan keimanan yang kuat sangat-sangat diperlukan untuk kekal tabah dan bersangka baik dengan ketentuan-Nya.
TIBA-TIBA MATA KIRI KABUR
Kejadian yang tidak disangka yang terus mengubah hidup menemuinya pada tahun 2019 yang lalu. Pada saat itu, mata kirinya secara tiba-tiba telah menjadi kabur dan ibunya yang bimbang dengan perkara tersebut terus membawanya ke hospital.
Ibunya, Nor Hafizah Shihabuldin, 42, membawanya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Banggol Judoh sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, bagi rawatan lanjut.
“Saya tidak menyangka masalah mata kiri yang bengkak sejak lebih setahun yang lalu menyebabkan saya kini hilang penglihatan,” kata Syed Hafiz.
SETAHUN KEMUDIAN HILANG PENGLIHATAN SEBELAH KANAN
Sebaik sahaja menjalani pemeriksaan, doktor telah mengesan masalah pada saluran darah yang berkemungkinan besar disebabkan oleh saraf sehingga menjejaskan penglihatannya.
“Bagaimanapun, setahun kemudian, mata sebelah kanan pula tidak dapat melihat dan pada ketika itu, saya merasakan dunia ini begitu gelap. Namun, dengan sokongan ibu serta ahli keluarga yang lain menjadi kekuatan untuk saya menempuhi hari-hari mendatang.
“Besar kemungkinan, kedua-dua mata saya tidak boleh melihat sampai bila-bila, namun saya perlu reda dengan ujian yang diberikan oleh Allah kepada setiap hamba-Nya,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Kampung Banggol Judoh.
Syed Hafiz merupakan anak sulung daripada lima beradik. Sekarang, dia cuba sedaya upaya untuk memastikan dirinya sibuk setiap hari bagi mengelakkan dirinya daripada memikirkan ujian yang menimpanya itu.
“Tipulah kalau saya kata tidak down, lebih-lebih lagi jika bangun pagi saya selalu terfikir apa saya mahu buat hari ini.
“Saya fikir ujian yang Allah berikan ini bukan kebetulan, tetapi itulah perancangan Dia dan mesti ada hikmahnya,” katanya.
“PASTI ADA HIKMAH KENAPA ALLAH MEMILIH SAYA”
“Agak sukar untuk saya menerima keadaan diri yang sekarang ini apabila tangan teraba-raba dinding rumah untuk berjalan, tetapi saya perlu bersabar, percaya dan reda pasti ada hikmah kenapa Allah memilih saya untuk melalui semua ujian ini.
“Setiap sebulan sekali saya perlu berjumpa dengan pakar saraf di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai bagi menjalani rawatan susulan,” katanya.
WARGANET BERKONGSI PENGALAMAN
Memetik komen daripada warganet di laman Facebook Harian Metro, ramai yang menzahirkan rasa simpati kepada pemuda ini. Ramai juga yang turut berkongsi pengalaman diri dan keluarga yang turut ditimpa nasib yang sama.
INGIN HULURKAN SUMBANGAN
Tidak kurang juga dengan warganet yang ingin menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban Syed Hafiz. Mereka bertanyakan nombor akaun untuk mereka menyalurkan sumbangan tersebut.
HAMPIR BUTA
Ada yang berkongsi pengalaman hampir buta sehingga membuatkan dirinya berasa bagaimana jika dia benar-benar buta. Namun, nasib menyebelahinya kerana mendapatkan rawatan awal.
Begitulah kehidupan. Tidak akan pernah lari dengan ujian. Ada ujian yang ringan dan ada ujian yang berat. Penerimaan terhadap ujian juga adalah berbeza. Sebenarnya, ujian yang dihadapi oleh orang lain adalah ujian buat diri kita juga.
Bagaimana dan apa tindakan kita apabila melihat ujian yang diterima oleh orang lain? Renung-renungkan dan sama-sama kita doakan supaya Syed Hafiz diberikan kesembuhan.
SUMBER: FB & WEB HARIAN METRO
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di mimbar raudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.