Connect with us

SEMASA

Tulang belakangnya patah tiga, Mengesot hingga badan dipenuhi air k3ncing. Lelaki ini cuba bantu.

Published

on

Tulang belakangnya patah tiga, Mengesot hingga badan dipenuhi air k3ncing. Lelaki ini cuba bantu.

Sangat sengasara jika dibayangkan keadaan seekor kucing yang terpaksa mengesot dalam kesakitan, merayu simpati serta perhatian manusia yang lalu lalang berhampirannya.

Sungguh mulia hati orang yang sanggup mengubati & menjaga bubu……. Sangat Sayu! Kucing cedera mengesot rayu simpati, badan dibasahi air kencing… pemuda belum dikurniakan rezeki cahaya mata buatkan kerusi roda

Begitulah keadaan Bubu ketika ditemui pemiliknya Ahmad Rashid Rosli, 32 tahun.

Kesakitan serta kecederaan parah yang dialami menyebabkan kucing tersebut gagal mengawal pundi kencingnya, mengakibatkan dirinya basah dengan air kencing sendiri.

Ahmad Rashid terdahulu berkongsi video Bubu yang gembira berjalan dengan bantuan ‘kerusi roda’ yang dibinanya.

“Tumpang lalu, kucing kurang upaya nak tumpang jalan sikit,” tulisnya di grup Fesbuk Kucing Sepahkan Apa Hari Ini.

“Hari ni tak sepahkan apa-apa, kacau merpati makan je.

“Saya jumpa Bubu bulan Mei hari tu, masa tu dia tak la kecil sangat.

Menurut Ahmad Rashid, Bubu, yang merupakan seekor kucing jantan dijumpainya di bawah flat tempat tinggalnya di Petaling Jaya, Selangor.

“Memang kesian sangat, dia macam tengah merayu suruh orang bawa dia ke klinik,” ceritanya.

“Keadaan Bubu masa tu memang menyedihkan, dia mengesot dekat bawah rumah sambil terkencing-kencing.

Jelasnya, Bubu terpaksa menjalani rawatan untuk merawat tulang belakangnya yang menelan bel4nja lebih RM3,000.

Ahmad Rashid yang bekerja sebagai pentadbir keselamatan berkata, Bubu disahkan patah tulang di beberapa bahagian bawah badannya.

“Tapi kecederaan yang dialami menyebabkan Bubu tak boleh bangun,” jelasnya, sambil menambah Bubu kini sudah semakin pulih.

“Tak pasti kenapa tulang belakang dia patah, mungkin sebab ada orang buang dia dari atas atau jatuh atau mungkin juga kena pukul.

Walaupun dengan kecacatan yang dialaminya, Bubu masih tetap aktif seperti kucing biasa serta mempunyai keinginan untuk keluar bermain.

Selain Bubu dia ada membela seekor lagi kucing yang diberi nama Tam.

“Setiap hari dia akan tengok je abang dia main melalui tingkap, jalan-jalan dekat luar,” katanya.

“Dia selalu merayu kalau tak boleh keluar, jadi saya buat alat bantuan untuk berjalan tu supaya mudah untuk bawa dia keluar.

Ahmad Rashid yang bersimpati dengan keadaan Bubu kemudiannya mendapat idea untuk membina alat sokongan bagi membolehkan Bubu bergerak.

Ahmad Rashid yang masih belum dikurniakan cahaya mata berkata Bubu sememangnya manja dengan dirinya dan juga isteri, Mazatul Hitiah Adnan.

“Saya dapat Ilham dari Lazada jadi saya modify sikit-sikit, rakan-rakan dalam Group Fesbuk Kucing Sepahkan Apa Hari Ini pun banyak bagi idea,” jelasnya.

“Saya anggap Allah nak temukan dia dengan family saya, sekarang dia manja dengan saya dan juga isteri,” katanya.

Sumber: imuslimnetwork.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.