SEMASA
(Video) Sanggup Berguling Semata-Mata Mahu S0lat Berj3maah Di Masjid

Hari ini terjumpa pula kisah insan hebat diceritakan oleh Ustaz Rosli Che Soh yang terjadi pada bulan Ramadhan lalu, kisah seorang lelaki OKU dari Pattani yang datang ke Masjid Muhammadi Kota Bharu semata-mata ingin menunaikan solat secara berjemaah di Masjid beramai-ramai. Apa yang menarik, lelaki OKU ini terpaksa berguling untuk bergerak, namun itu bukan alasan untuk beliau mengatakan ‘tidak’ untuk ke Masjid bersolat bersama jemaah lain.
Jom kita baca.
Ustaz Zulkifli, Imam Rawatib Masjid Muhammadi Kota Bharu sudah takbir solat Maghrib. Ambo berjalan dari tempat berbuka puasa. Hari tidak bertugas mengimami solat, ingin bersolat di belakang. Melihat pelbagai ragam ahli jemaah. Ada yang bergaduh lorat untuk mendapatkan takbiratul ula. Ada yang rilex, santai aje.
Ambo melihat insan istimewa ini. Pemilik nama ” Raqib ” dari Binjai Lima, Pattani. Beliau berguling memasuki masjid. Lantas memasuki saf salat. Takbiratul ihram. Ambo bersolat di sebelah beliau. Terasa kelam sebentar. Mata terlirik kepada Raqib. Ya Allah…dia bersolat sekuasanya..
Allah memberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendakinya. Raqib belajar pondok di negerinya. Datang ke Masjid Muhammadi Kota Bharu lantaran pondok di sana cuti.” Bagaimana Raqib menulis ? ” tanya ambo. ” Kita menulis kena tidur terlentang…kita tak boleh dok menyatok….” jelas Raqib .
Beliau menjelaskan bahawa untuk makan, beliau juga kena makan sambil tidur terlentang. Ambo terharu… Orang sempurna masih ramai lagi tidak hadir solat berjemaah di bulan Ramadan ini. Tidak seperti Raqib ini…
Sumber: Siakapkeli.my
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.