Connect with us

PANDUAN

Zikir Tidurkan Anak : 2 Jenis Zikir Dan Doa Untuk Tidurkan Anak

Published

on

zikir tidurkan anak

Zikir Tidurkan Anak.  Antara perkara yang memeningkan kepala para ibu bapa yang mempunyai anak kecil, ialah anak mereka meragam dan tidak mahu tidur.

Zikir tidurkan anak 3

Mana tidaknya, sudah bermacam cara dilakukan tetapi si kecil tetap tidak mahu tidur. Ia sudah pastilah akan menggagu waktu tidur anda pada waktu malam. Selain dari cara yang anda lakukan, ada beberapa lagi cara tidurkan anak yang sangat berkesan di ajar di dalam islam. Caranya ialah dengan mengamalkan zikir dan beberapa surah ringkas.

Zikir Tidurkan Anak  Yang Sangat Bagus

Selain mengalunkan lagu-lagu untuk anak anda tidur, zikir juga sebenarnya salah satu cara yang boleh anda gunakan supaya anak anda dapat tidur dengan tenang dan nyenyak.

Malah, ia salah satu dari cara yang sangat di galakkan di dalam islam. Ini kerana, zikir dapat membuatkan anak anda menjadi lebih tenang. Ia sekali gus memudahkan anak anda untuk tidur terutama sekali tidur pada waktu malam. Ada beberapa zikir yang sangat bagus untuk anak anda tidur dan sangat bagus di amalkan. Antaranya ialah:

1-Zikir La ilaha illallah

Ini antara zikir yang seringkali kita baca dalam kehidupan seharian kita dan juga di dalam solat. Namun begitu, zikir ini juga sangat bagus untuk dijadikan sebagai zikir tidurkan anak. Ianya bukan sahaja ringkas dan mudah untuk kita amalkan tetapi ia juga dapat memberikan ketenangan untuk anak anda dan sekali gus dapat membuatkan anak anda tidur dengan lena.

La Ilaha illallah

La Ilaha illallah

La Ilaha illallah
Muhammadur rasulullah
Ya zaljalali wal ikram
Ya zaljalali wal ikram
Ya zaljalali wal ikram
Amitna ‘ala dinil islam
(ulang semula dari atas sehingga anak anda tertidur)

Maksudnya:

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah. Wahai Tuhan yang mempunyai sifat Keagungan dan sifat Pemurah, matikanlah kami dalam agama Islam”

2- Zikir Munajat

Ini juga antara salah satu zikir tidurkan anak yang sangat bagus dan sentiasa di amalkan oleh para ibu bapa di luar sana untuk tidurkan anak mereka dengan mudah tanpa sebarang masalah.

Zikir tidurkan anak 1

Bacaan Rumi:

Hasbi rabbi Jallallah
Mafi qalbi ghairullah
Nur muhammad sallallah
Lailahaillallah

Maksudnya:

Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku, Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad SAW. Tiada Tuhan melainkan Allah.

Baca JugaBacaan Selepas Al-Fatihah: Perlu Ke Makmum Mengikutinya?? Ini 3 Jawapanya

Doa Atau Surah Untuk Tidurkan Anak

Selain dari zikir tidurkan anak di atas, satu lagi cara untuk anda tidurkan anak anda adalah dengan membaca doa atau surah-surah yang selalu kita baca di dalam solat. Antara surah tersebut ialah:

  1. Ayat Qursi
  2. Surah Al-Fatihah
  3. Ayat 3 Qul
  4. Selawat nabi
  5. Surah Al-Qadr

Membaca doa berikut sebanyak 3 kali:

Zikir Tidurkan anak 2

Amalan ini boleh diamalkan dan insyaAllah dengan izin Allah SWT dapat menghilangkan rasa sakit serta gangguan tidur terhadap anak kecil anda

Sentiasalah Amalkan Petua Di Dalam Islam Untuk Tidurkan Bayi Anda

Selain dari zikir tidurkan anak dan doa yang admin terangkan di atas tadi, ada bermacam lagi cara yang di ajar di dalam islam untuk menidurkan anak anda dengan mudah tanpa sebarang gangguan.

Justeru itu, selain dari mengalunkan lagu yang lembut untuk menidurkan bayi, anda juga boleh menggunakan zikir tidurkan anak dan juga nasyid yang membuatkan anak anda merasa damai untuk tidur.

Rujukan: Portal Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.