PANDUAN
6 Cara Mudah & Berkesan Untuk Halau Kutu Beras
6 Cara Mudah & Berkesan Untuk Halau Kutu Beras
Beras yang diserang bubuk akan menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi. Nak buang pula terasa rugi lebih-lebih lagi jika beras masih banyak. Oleh itu, untuk mengatasi masalah Halau Kutu Beras ini, ada petua yang anda boleh cuba. Moga ia bermanfaat dan membantu anda di dapur.
Bubuk atau kutu beras memang musuh suri rumah. Ada seekor je dalam bekas beras, dalam masa yang singkat serangga kecil ini akan membiak dengan pantas. Menyakitkan hati betul.
6 CARA MUDAH & BERKESAN UNTUK HALAU KUTU/BUBUK BERAS
1. Halau Kutu Beras GUNA CILI KERING
Kedua, masukkan cili kering yang telah dipotong dua ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu tak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalau kutu dari bersarang dalam bekas beras anda.
2. JEMUR BERAS DI BAWAH PANAS MATAHARI
Paling mudah untuk hilangkan kutu beras ialah dengan meletakkan beras di atas dulang kemudian jemur di tengah panas. Jika tiada dulang bersesuaian, jemur sahaja bekas beras yang telah dibuka penutupnya. Dengan cara ini kutu akan keluar dari beras untuk cari tempat lembap.
3. GUNA KERATAN BATANG & DAUN PUDINA
Tangkai daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian ramas atau kisar jadi serbuk dan masukkan ke dalam uncang. Boleh juga digaulkan bersama-sama dengan beras. Cara ini agak berkesan menghalau serangga ini.
4. LETAK BAWANG PUTIH
Kutu/bubuk beras dikatakan tidak suka pada bau-bauan. Jadi bahan-bahan yang beraroma seperti bawang putih juga boleh digunakan untuk menghalau serangga ini. Caranya mudah sahaja. Ambik beberapa ulas bawang putih dan masukkan ke dalam bekas beras anda.
5. BUAT UNCANG KULIT KAYU MANIS
Anda juga boleh letak kulit kayu manis di dalam bekas beras. Bau harumnya mampu menghalau kutu dari bekas beras. Caranya mudah sahaja. Ambik beberapa batang kulit kayu manis. Goreng dalam kuali tanpa minyak bagi menerbitkan bau harum. Kemudian masukkan ke dalam uncang dan letak dalam bekas beras.
6. DAUN LIMAU PURUT
Halau Kutu Beras menggunakan daun limau purut. Letakkan daun limau purut ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu dari terus menghuni bekas simpanan beras.
Selamat mencuba! Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Majalah Perdana
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya Cara Halau Kutu Beras . Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.