Connect with us

PANDUAN

Jika Kenderaan Dilanggar Pemandu Tiada Lesen & Cukai Jalan Mati, Apa Perlu Buat? Peguam Ajar Cara Selesaikan

Published

on

Bila berlaku kemalangan, kita bukan saja trauma. Syukur jika nyawa tidak melayang. Tapi bagaimana agaknya perasaan kita kalau kenderaan yang melanggar kita itu pemandunya TIADA LESEN. Lebih teruk lagi kenderaannya tiada PERLINDUNGAN CUKAI JALAN.

Malang tak berbau. Seboleh-bolehnya dalam setiap perjalanan menaiki kenderaan kita sentiasa memohon kepada Allah agar dijauhkan dari merbahaya. Namun di sebalik kita berhati-hati, adakalanya orang lain melakukan kecuaian.

Apa nak buat? Nak claim pada siapa kalau hal ini terjadi?. Peguam, Nor Zabetha telah menulis di fbnya, Nor Zabetha dan mengajar selengkapnya apa yang harus kita lakukan jika kenderan dilanggar orang tidak mempunyai lesen dan kenderaannya tiada cukai jalan. At least tak la rasa panas hati sangatkan kalau kena keluar duit sendiri! Ikuti perkongsiannya.

Saya dilanggar oleh kenderaan tidak ada lesen dan insurans. Apa perlu lakukan? Bolehkah saya tuntut? Saya kongsi caranya disini ya.

Tuntutan anda boleh dibuat atas individu yang melanggar dan pemilik kenderaan (jika si pemandu bukan pemilik) walaupun tiada insurans. Mereka tidak dilindungi, anda boleh saman atas kapasiti persendirian. Jika anda menang tuntutan dan mahkamah memerintahkan mereka bayar tetapi mereka ingkar untuk bayar, anda boleh cuba ‘recover’ jumlah tersebut melalui prosiding seperti penyitaan barangan, kebankrapan dan lain-lain.

Ramainya yang tanya berkenaan soalan ini. Sebab mereka fikir tidak akan dapat menuntut langsung kerana tiada insurans dan juga lesen. Jangan salah anggap. Walaupun tidak ada lesen atau insurans, tetapi tetap berlaku kemalangan dan menyebabkan kerugian kan? Jadi ada boleh menuntut.

Untuk menuntut bagi kes kecuaian kemalangan tanpa insurans ini, sangat-sangat penting anda dapatkan maklumat pemandu sebab bila hendak mulakan saman, nama dan butiran pemandu diperlukan untuk menyaman. Gagal dapat butiran memang menyebabkan anda tidak boleh menyaman.

Anda telah mengalami kerugian akibat kecuaian si pelanggar, tidak adil semata-mata mereka tidak mempunyai insurans, mereka tidak perlu bayar apa-apa. Mereka juga tidak adil, tidak membeli insurans langsung seperti pengguna jalan raya lain dan menyusahkan pengguna jalan raya lain untuk menuntut.

Kemalangan memang tak terjangka dan jika berlaku anda harus berurusan dengan pihak yang tepat agar mudah untuk tuntutan insuran

Jadi apa langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan oleh pemandu tanpa lesen dan tanpa insurans:-

  1. Tangkap gambar/ salin no plat kenderaan yang melanggar.Maklumat no.pendaftaran penting sebab perlu buat carian JPJ untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan pemilik kenderaan.
  2. Tangkap gambar kereta yang melanggar, tangkap gambar kereta kita (untuk simpanan peribadi atau sebagai rekod sendiri walaupun selepas laporan polis, polis akan tangkap gambar. Lebih elok jika ada rekod sendiri).
  3. PENTING!!!- Minta nombor telefon dan nama pelanggar-nama penuh, kalau dia hendak berikan kerjasama minta nama dan nombor kad pengenalan. Kita boleh menyaman pemandu dengan informasi yang cukup. Kalau dia enggan terpaksa kita ambil tindakan terhadap pemilik.
  4. Tangkap gambar roadtax pelanggar (untuk pastikan roadtax/insurans masih ada untuk kita tahu tindakan seterusnya seperti memasukkan dalam report polis)
  5. Buat laporan polis bagi kemalangan dalam tempoh 24 jam. Polis akan tangkap gambar kemalangan dan membuat laporan penuh serta lakaran kemalangan.
  6. Hubungi pihak insurans anda.
  7. Sekiranya pelanggar tiada lesen atau insurans. Anda selesaikan urusan pembaikian dahulu. Lantik peguam. Mulakan tindakan di mahkamah. Selepas dapat perintah untuk pelanggar membayar oleh mahkamah (penghakiman) mulakan tindakan untuk membankrapkan atau menyita atau lain-lain.

Elakkan settlement luar kerana kebanyakkan kes, selepas pihak-pihak tidak membuat laporan polis. Pihak yang berjanji hendak buat settlement akan cabut lari. Hati-hati ketika memandu.

Silakan share supaya kita semua tahu hak kita.

Yang benar: Peguam Anda Nor Zabetha

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa, tq…

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Majalah Perdana

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.