SEMASA
AlFatihah, Mia Sara 4khirnya Pergi Ju4, Semoga R0hnya Tergolong Dikalangan Orang Yang Soleh
KOTA BHARU- Selepas 12 hari bertarung nyawa akhirnya kanak- kanak derita masalah kegagalan j4ntung, Mia Sara, 9, pergi buat selama- lamanya.
Berita duka mengenai pemergian Mia Sara dikongsikan Setiausaha Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana NGO Malaysia (BBNGO), Wan Nor Aziemah Wan Zainuddin kepada Kelantan Updates di sini hari ini.

Menurut Wan Nor Aziemah, Mia Sara meningg4l dunia petang semalam dan urusan mengebumi4n jenaz4h kanak- kanak itu dilakukan malam tadi.
“Jenaz4h Mia Sara selamat dikebumik4n di tempat kelahirannya di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang selepas Isyak malam tadi.
Allahyarham Mia Sara menjalani pembedahan jantung 1 April lalu di salah sebuah hospital kerajaan di sini.

Bagaimanapun kondisinya dikatakan tidak begitu stabil menyebabkan arwah dipantau dan diberi rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi sehingga akhir hayatnya.
Kelantan Updates sebelum ini pernah menyiarkan beberapa article mengenai arwah Mia Sara dalam usaha mendapatkan dana bagi membolehkannya menjalani pembedahan jantung secepat mungkin.
Dalam pada itu, Wan Nor Aziemah berkata, pihaknya menggunakan sepenuhnya wang sumbangan yang disalurkan orang ramai sebelum ini untuk kegunaan Mia Sara.
“Dana untuk Mia Sara yang berjaya dikumpulkan keseluruhannya berjumlah RM61,620.15.
“Sebanyak RM58,141 digunakan untuk menampung kos rawatan di kedua- dua hospital dan RM1000 untuk pengurusan jenaz4h. Bakinya akan diserahkan kepada ibu Mia Sara dalam masa terdekat,” katanya.
Sumber : maibaca
-
PANDUAN4 years agoMesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI4 years agoAyah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH4 years agoNiat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI4 years agoAlhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI4 years agoMampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI4 years agoPelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA4 years agoNasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI4 years ago“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.

