SEMASA
K3hidupannya S3batang K4ra Tapi K3matiannya Dip3nuhi Kasih Sayang
Hidup merantau untuk mencari rezeki merupakan lumrah hidup seorang insan bagi menampung diri dan keluarganya. Jika merasakan rezekinya tidak ditemukan di kampung halaman, maka merantaulah ke negeri orang. InsyaAllah rezeki pasti ada.
Begitulah yang berlaku kepada seorang remaja yang bernama Rizal yang berasal dari Filipina. Rizal remaja yang berusia 17 tahun merantau ke Sandakan, Sabah seorang diri. Dia tinggal di Kg. Sing Kee, Tanah Merah, Sandakan. Tempat tidur remaja yang bekerja sebagai kuli kapal itu hanyalah menumpang di rumah rakan-rakan. Kadang-kala dia tinggal di bangunan kosong.

Dia hidup sebatang kara, bersendirian gigih bekerja untuk menyara hidup. Namun hidup sebatang kara tidak bermakna mati juga akan sebatang kara. Hidup yang berbudi matinya akan dikenang.
Baru-baru ini Rizal meninggal dunia akibat tibi. Namun perginya sangat dipermudahkan. Tidak seperti hidupnya yang sebatang kara, matinya penuh dengan kasih sayang daripada jiran-jiran yang mengenang jasa remaja Filipina itu yang tidak pernah lokek dengan rezeki yang diperolehinya. Ikan-ikan yang diperolehi hasil kerjanya sebagai kuli kapal diagih-agih kepada jiran yang memerlukan.
Kisah Rizal diceritakan oleh Abang Botak di Facebooknya:
Baru-baru ni ada satu kematian, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun akibat penyakit tibi. Saya berharap rakan-rakan yang membaca kisah ini dapat sampaikan berita kematiannya kepada kedua ibu bapanya jika mengenali mereka. Saya dimaklumkan ibu bapanya gagal dikesan sehingga kini dan kini berada di negara Filipina.
Namanya dikenali sebagai Rizal, beralamat di Kg.Sing Kee Tanah Merah Sandakan. Hidupnya sebatang kara tanpa kedua ibu dan bapa kandungnya di sisi.
Dengan usia begitu, dia menyara kehidupannya dengan bekerja sebagai kuli (juragan) kapal, menurunkan ikan daripada kapal apabila melabuh di pantai. Dengan sedikit hasil upah dan ikan yang dia perolehi hasil daripada menurunkan ikan dari kapal.

Dia tidak loke (kedekut) mengagih-agihkan ikan yang dia dapat kepada jiran-jiran yang berhampiran. sehinggalah dia sangat disenangi oleh orang ramai dikampungnya.
Tempat tidurnya di mana-mana saja. Kadang menumpang di rumah rakan-rakannya. Kadang tinggal di bangunan kosong saja. Begitulah kehidupannya sehari-harian.
Jika ada kapal ikan berlabuh keesokan harinya. Adalah rezeki yang akan dia perolehi dan diagih-agihkan kepada orang ramai di kampungnya lagi. Itulah dia Insan mulia bernama Rizal. Namun, orang baik biasanya Allah akan ambil lebih awal. Takdirnya dia telah kembali kepangkuan Ilahi pada 08.01.2020 pada usia 17 tahun. Matinya tidak sempat bertemu ibu dan bapanya.

Hasil budi baiknya kepada orang ramai. Akhirnya Jenazahnya disempurnakan pula oleh orang ramai dikampungnya. Semasa dalam perjalanan aku diceritakan, tentang pekertinya. Dan tempat uruskan jenazahnya pula dirumah seorang makcik daripada kampung itu yang menawarkan pondok kecilnya.
Saya sangat terharu, meskipun dia tidak ada apa-apa, tapi dia ada orang ramai disekelilingnya membantu. Ada juga aku tawarkan kain kafan. Awalnya mereka setuju menerimanya. Tapi ketika sampai di rumah makcik yang menumpangkan jenazahnya. Saya dimaklumkan kain kafan sudah ada disediakan oleh ketua kampung di situ. Masya-Allah.
Segalanya dipermudahkan. Untuk tanah perkuburannya pun saya sudah maklumkan rakan penggali kubur di Jalan Aman. Alhamdulillah juga dipermudahkan.
Mereka tidak tetapkan harga. Berapa saja dia ambil katanya dengan sedikit sumbangan orang ramai yang ada di tangan, saya berikan kepadanya sebagai upah.

Alhamdulillah kini jenazahnya sudah selamat disemadikan. Ramai juga orang kampung yang mengiringi jenazahnya ke kubur. Begitulah kisah kematian adik Rizal seorang yang baik kepada orang ramai dikampungnya. Aku doakan jika kedua ibubapanya masih hidup semoga mereka dapat datang melawat ke pusara anaknya ini.
Dan aku doakan, semoga rezeki orang-orang kampung yang membantu mengurus jenazahnya pula dimurahkan oleh Allah SWT. Dan yang terakhir aku doakan semoga adik Rizal tergolong dalam kalangan hamba yang beriman dan dimasukan dalam syurgaNya. Amin..
sumber: kulihatlangitbiru
-
PANDUAN4 years agoMesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI3 years agoAyah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH3 years agoNiat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI4 years agoAlhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI4 years agoMampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI3 years agoPelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA3 years agoNasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI3 years ago“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.

