Connect with us

SEMASA

Awan Besar Payungi Kubur Saat Talkin Dibacakan, Arwah Ustaz Fadli Sudah Islamkan 2,081 Orang Sepanjang Hayatnya

Published

on

Awan Besar Payungi Kubur Saat Talkin Dibacakan, Arwah Ustaz Fadli Sudah Islamkan 2,081 Orang Sepanjang Hayatnya

5 Ogos lalu, dunia dakwah dikejutkan dengan pemergian pendakwah, guru, Murabbi, Ustaz Fadli Yusof yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19. Berita pemergiannya cukup mengejutkan ramai sahabat dan anak muridnya. Malah Ustaz Ebit Lew turut menyampaikan berita duka ini di fbnya.

Kongsi Ustaz Ebit Lew :

Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Sebak sayu rasa seorang Pendakwah, Guru, Murabbi yang amat saya hormati dan sayangi. Ustaz Fadli Yusuf telah pergi menemui ilahi. Saya sangat sayang padanya kerana Allah. Walau beberapa kali berjumpa terasa rapat dan dekat.

Terharu melihat semua anak-anaknya pendakwah seperti beliau yang masuk ke pedalaman berkhidmat kerana Allah. Akhlak, sifat, kasih sayang dan keikhlasan seperti beliau. Ya Allah ampuni sayangi dan hadiahkan syurga Firdaus buat Ustaz Fadli Yusuf. Ya Allah berjuta rahmat kau beri padanya berilah sedikit pada saya ini. Ustaz berehat dulu ye. Nanti kami akan ke sana juga.

Ustaz Ebit Lew bersama arwah Ustaz Mohd Fadli Yusof

Di laman web Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), pertubuhan ini turut menyampaikan salam takziah di atas kehilangan arwah. Kongsi PERKIM, allahyarham merupakan pendakwah yang tidak asing lagi di tanah air dan turut bekerjasama dengan PERKIM dalam menggerakkan kerja dakwah bersama misinya, As-Syahadah.

Allahyarham telah mengislamkan seramai 2,081 saudara baru di seluruh Malaysia. Semoga roh Allahyarham Ustaz dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh.

Dalam pada kehilangannya dirasai ramai pihak, seorang sahabat kepada allahyarham Ustaz Mohd Fadli iaitu Shuib Mohamad berkongsi di fbnya satu keajaiban rahmat dan kasih sayang Allah di mana awan besar memayungi jenazah di saat matahari terik pada hari pengkubumian arwah.

Baca perkongsian ini. Semoga kita sentiasa berbuat baik untuk bekalan di akhir kelak.

Salah satu tanda kewalian insan bertaqwa yang Allah nak tunjukkan pada kami semalam. Ketika urusan pengkebumian Arwah ustad Mohd Fadli Yusof semalam cuaca amat terik membahang. Aku sampai berlindung dibawah banggunan sbb tak tahan kepanasan terik. Gila panas.

Selesai saja tugas team KKM, kami pun masuk apabila dibenarkan. Cuaca masih panas terik ada yang membawa payung.

Namun setibanya sampai ke tanah kubur Arwah dan ingin memulakan talkin dan Tahlil.. serius, tiba-tiba cuaca yang panas terik tadi menjadi mendung. Aku pandang ke atas langit. MashaAllah, Maha Hebat Engkau, ada satu awan besar memayungi kami semua yang berada di sana (lihat gambar ke-2).

Cuaca yang panas tadi menjadi mendung, sayup dan berangin sehingga kami selesai talkin dan tahlil. Allahuakbar.. Hebatnya Tuhan memuliakan insan ini. Sudahlah ketika mendapat berita duka pemergian beliau, Hujan turun membasahi waktu itu, juga merupakan tanda kematian orang Soleh dan Bertaqwa.

Selesai KKM uruskan jenazah, rakan2 dan sahabat arwah hadir untuk membacakan talkin. Cuaca sangat panas terik hingga ada sahabat berpayung.

Namun cuaca bertukar menjadi mendung, awan besar terbentuk di kubur arwah. Sayup dan berangin secara tiba-tiba.

Begitulah Tuhan nak memuliakan orang yang seluruh hidupnya dia berkhidmat kepada Agama Allah tanpa kepentingan peribadi. Terlalu banyak contoh ikutan yang aku perlu ikuti daripada beliau.

Untuk orang seperti aku yang banyak dosa dan kesilapan ini, sering terleka, kerap mengulangi kesilapan,lalai dalam kehidupan. Insan seperti beliau inilah yang sering menegur dengan penuh hikmah dan lemah lembut, tanpa prejudis. Akhlaknya luar biasa sehingga berjaya menawan hati insan-insan yang dahagakan kebenaran dengan Islamnya lebih 2000 orang hasil akhlak insan ini. Allah.

Sungguh aku bersaksi bahawa beliau seorang yg sangat alim, tidak pernah menyakiti hati dan sering berpesan kepada kebaikan dengan penuh kasih sayang.

Mari kita berdoa moga rohnya ditempatkan bersama roh para Anbiya dan Aulia’.

AL FATEHAH.

Sumber : FB Shuib Mohamad / Kashoorga

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.