Connect with us

AGAMA

Ini Cara-Caranya Untuk Bayar Fidyah Bagi Yang Tak Sempat Ganti Puasa.

Published

on

Bayar Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadhan.

WAKTU BAYAR FIDYAH

CARA BAYAR FIDYAHFuqaha sepakat menyatakan waktu membayar fidyah bermula sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat disempurnakan. Bagaimanapun waktunya luas dan tidak terhad pada satu tempoh waktu yang tertentu. Namun demikian digalakkan ia disegerakan kerana dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan jika bertangguh.

NIAT BAYAR FIDYAH

Sengaja aku mengeluarkan fidyah bagi orang yang menyusui fardhu pada hukum syara’ karena Allah Ta’ala”

“Sengaja aku mengeluarkan fidyah bagi orang yang sakit fardhu pada hukum syara’ karena Allah Ta’ala.”

Baca niat membayar fidyah cukup dalam hati

GOLONGAN YANG PERLU MEMBAYAR FIDYAH

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana menlnggalkan puasa wajib atas sebab-sebab berikut:

1. Mengalami Saklt Yang Khusus

Antaranya mereka yang menghldapi saklt kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, termasuklah golongan tua yang tidak mampu berpuasa

2. Perempuan Mengandung Blmbangkan Kesihatan Kandungan

Jika rlsaukan kesihatan sendiri (kerana terlalu letlh dan berpenyaklt) dan anak, maka hanya perlu ganti puasa tanpa fidyah.

3. Ibu Menyusukan Anak & Blmbangkan Kesihatan Bayinya

Tetapi, jika wanita itu sendiri terlalu letlh dan tidak mampu meneruskan puasa, tidak perlu membayar fidyah.

4. Orang Yang Telah menlnggal Dunia

Waris-waris perlu bayar fidyah bagi mereka yang telah menlnggal dunia mengikut bilangan hari yang ditlnggalkan sebelum pembahagian pvsaka dibuat.

5. Melambatkan Ganti Puasa Pada Ramadhan Sebelumnya

Mereka yang melambatkan ganti puasa hingga tiba Ramadhan berikutnya perlu bayar fidyah dan mengganti puasa. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditlnggalkan.

Di Mana Boleh Bayar Fidyah?

Fidyah boleh dibayar secara terus kepada faklr miskin atau menerusi Pejabat Zakat atau Pejabat Agama Islam Negeri masing-masing. Untuk memudahkan anda, bayaran fidyah juga boleh dibayar secara online melalui e-zakat atau mengikut bank tertentu.

Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada faklr dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

CARA BAYAR FIDYAH

1. Tetapkan Negeri Anda

Kadar bayaran fidyah berbeza mengikut harga yang telah ditetapkan oleh sesebuah negeri. Rujuk laman web Pejabat Agama Negeri untuk mendapatkan nilai secupak beras. Kebiasaannya, kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditlnggalkan adalah secupak beras dan nilai secupak beras itu akan ditukar dalam bentuk Ringgit Malaysia.

2. Buat Kiraan

Contohnya seperti Lembaga Zakat Selangor, satu hari puasa yang ditlnggalkan bersamaan dengan RM1.80. Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun. Jadi, sekiranya seseorang itu meninggalkan puasa selama 3 hari, maka kadar fidyahnya adalah:

RM1.80 (1 cupak) x 3 hari = RM5.40

3. Buat Bayaran

Bayar fidyah secara tunai – Boleh dilakukan di pejabat agama atau pejabat zakat negeri atau melalui wang pos.

BAYAR FIDYAH ONLINE

Bayar fidyah secara online – Melalui e-zakat negeri masing-masing seperti e-zakat Selangor, e-zakat Penang, laman web Pejabat Agama dan Majlis Negeri, Maybank2U.

Ini caranya jika anda mahu bayar menggunakan Maybank2U:

1. Klik ‘Bill Payment’ dan klik pada ‘Make A One-Off Payment’

2. Klik ‘Zakat & Charity’

3. Pilih Pusat Pungutan Zakat/Fidyah Negeri masing-masing

4. Pilih ‘Fidyah’

5. Masukkan jumlah bayaran yang perlu dibayar. Selesai!

Tetapi, ia bergantung juga kepada jenis bank atau negeri. Kemungkinan sesetengah negeri tidak mengaktlfkan akaun mereka untuk membayar fidyah online.

Dah, jangan tanggvhkan lagi bayaran fidyah. Sila bayar sekarang sebelum anda terlupa. Ingat, jika anda tidak membayar fidyah, ibarat anda berhvtang dengan Allah!

BAYAR FIDYAH KEPADA SIAPA

Bayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui cek/pos berdaftar

BOLEHKAH BAYAR FIDYAH DI NEGERI LAIN

Boleh, tetapi di afdalkan membayar di tempat negeri kita berkerja

BAYAR FIDYAH UNTUK ARWAH

Berkaitan fidyah bagi pihak si mati, para ulamak berpendapat para waris wajib melaksanakan urusan fidyah berkenaan sebagaimana tanggungjawab melangsaikan hutang-hutang yang lain. Hal ini disandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas ra bahawa nabi saw telah didatangi oleh seorang lelaki yang bertanya tentang ibunya yang mati tetapi masih mempunyai tanggungjawab puasa, adakah boleh ia menunaikannya. Jawab baginda saw : Ya, hutang Allah lebih utama ditunaikan” Pendapat ini diperkukuhkan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi daripada Ibn Umar ra bahawa nabi saw bersabda: ”Sesiapa yang mati dan di atasnya tanggungjawab puasa, hendaklah ia memberi makan fakir miskin setiap hari”. Namun begitu para waris digalakkan (sunat) menggantikan puasa berkenaan bagi pihak si mati sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Saidatina Aisyah r.a bahawa nabi saw bersabda: ”Sesiapa yang mati dan di atasnya tanggungjawab puasa, hendaklah para waris berpuasa bagi pihaknya”. Imam al-Syaukani lebih cenderong menjelaskan maksud hadith tersebut dengan makna “ para waris melakukan sesuatu yang seumpama puasa iaitu memberi makan“. Pendapat ini selaras dengan pendapat Ibnu Hajar yang dikemukakan di dalam kitab Fathu al-Bari.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.