DOA
Ayat seribu Dinar : Maksud Dan 4 Kelebihanya
Ayat seribu Dinar. Bila sebut sahaja mengenai ayat seribu dinar, pasti ada antara anda yang mengetahui mengenai ayat ini malah mungkin ada yang menghafal ayat ini dengan lancar.
Apakah ayat seribu dinar ini? Ayat seribu dinar adalah ayat Al-Quran yang diambil daripada surah At-Talaq ayat 2-3 yang boleh anda jadikan sebagai amalan harian dan mendapat bermacam kelebihan jika kita mnegamalkanya.di dalam kehidupan seharian kita.
Ayat Seribu Dinar Berserta Maksudnya
Bacaan Dalam Rumi:
“Wa man yattaqillaaha yaj’al lahuu makhrojan, Wa yarzuqhu min haitsu laa yahtasibu,Wa man yatawakkal’alallaahi fahuwa hasbuhuu,Innallaaha baalighu amrihii,Qad ja’alallaahu likulli syai in qadran
Maksudnya:
Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendakin) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Kelebihan Ayat Seribu Dinar
Sama seperti ayat Al-quran yang lain, Ayat seribu dinar ini juga turut mempunyai kelebihanya yang tersendiri, jika kita membaca dan mengamalkanya di dalam kehidupan seharian kita. Justeru itu, kita sangat di galakkan untuk mengamalkan bacaan ayat seribu dinar terutama sekali selepas solat. Antara kelebihan ayat seribu dinar ialah:
1. Menjadikan Kita seorang yang mudah bertawakal apabila sudah berusaha melakukan sesuatu perkara
2. Menghilangkan keresahan yang ada di dalam diri kita terutama sekkali ketika berada dalam masalah
3. Di baca ketika hendak menaiki kenderaan
4. Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya Allah si pesakit akan sembuh.
Baca Juga: Sujud Sahwi : Bacaan Dan 3 Sebab Melakukan Sujud Sahwi
Pandangan Ulama Mengenai Ayat Seribu Dinar
Para ulama mempunyai pelbagai pandangan mengenai ayat seribu dinar ini. Antara pandangan tersebut ialah:
1- Menurut Imam Al- Tobari Rahimahulahu Taala di dalam kitab Tafsir Al-Tobari (23/43-47) menyatakan daripada Masruq bin Abdillah:
Maksudnya: (Firman Allah SWT) yang berbunyi “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah Taala maka baginya jalan keluar”, iaitu jalan yang diketahui Allah Taala jika sekiranya ia menghendaki sesuatu maka ia akan berikan dan ia juga akan menegahnya dan firman Allah Taala yang berbunyi dan akan diberikan rezeki dari jalan yang yang tidak disangka-sangkanya : Maknanya dari jalan yang tidak diketahuinya.
2- Daripada Ibnu Abbas R.Anhuma:
Maksudnya: (Firman Allah Taala) yang berbunyi “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah Taala maka baginya jalan keluar”, maknanya selamat daripada setiap kesengsaran dan kesusahan di dunia dan akhirat.
3- Daripada Rabi’ bin Haitham Rahimahullah:
(Firman Allah Taala) yang berbunyi “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah Taala maka baginya jalan keluar”, maknanya jalan daripada setiap sesuatu yang sempit ke atas manusia.
Banyak Mengamalkan Bacaan Ayat Al-Quran Di Dalam Kehidupan Seharian
Kesimpulanya, sebagai umat islam kita seringkali di ajar untuk mengamalkan bacaan ayat Al-Quran di dalam kehidupan seharian kita. Ini kerana, ayat Al-Quran banyak memberi manfaat dalam kehidupan kita. Ia juga dapat di jadikan sebagai panduan buat kita supaya kita menjadi umat islam yang sejati dan iman kita tidak mudah tergugat dengan anasir-anasir yang cuba mengganggu iman kita. Bukan itu sahaja, ia juga memberikan kita ketenangan salam diri kita.
Rujukan: Portal Rasmi Mufti Wilayah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.