Connect with us

SEMASA

Bermula dengan sedekah, peniaga letih jadi ‘mesin ATM’ makcik penagih dadah! Bagi RM3 ‘tak layan’, berdrama jika tak dipedulikan

Published

on

Bermula dengan sedekah, peniaga letih jadi ‘mesin ATM’ makcik penagih dadah! Bagi RM3 ‘tak layan’, berdrama jika tak dipedulikan

Bagaimanapun, dalam situasi tertentu sikap mulia itu akan ‘makan diri’ apabila semakin ramai yang mengambil kesempatan terutama golongan peminta sedekah dan gelandangan yang sihat serta mampu untuk bekerja.

Wanita terbabit datang bersama individu yang dikatakan kakaknya untuk meminta duit.
UMUM mengetahui rakyat Malaysia terkenal dengan sikap pemurah dan suka tolong-menolong antara satu sama lain.

Mendedahkan kisah dan pengalamannya kepada mStar, anak muda berusia 24 tahun itu berkata, kejadian bermula pada 24 Julai lalu ketika dia mula membantu seorang wanita bersama anaknya.

Seperti yang dialami Mohd Syafiq, dia kini seolah-olah menjadi mesin ‘ATM’ bagi seorang wanita yang pernah dibantunya sebelum ini.

“Disebabkan rasa kasihan selepas terdengar ibunya membalas ‘nanti cukup duit kita beli’, saya mengambil keputusan untuk memberikannya secara percuma dengan niat bersedekah.

Pada masa itu, kedua-dua mereka duduk di hadapan gerai jualannya dan si anak menyatakan teringin makan kuih popis (popia pisang) yang dijual.

“Saya ada buat video tentang mereka berdua ketika itu dan tular sehingga ramai yang tampil menghulurkan bantuan.

“Masa tu memang tidak syak langsung anak-beranak itu sindiket atau apa-apa yang tak baik. Saya pun tak pernah mendengar kisah tentang mereka daripada penduduk setempat.

Namun sejak bantuan diberikan, makcik tersebut asyik ulang datang kedainya dan semakin bertindak berani.

“Tidak kurang juga yang terus memasukkan duit ke dalam bank kerana saya ada meletakkan nombor akaun di WhatsApp untuk memudahkan urus niaga dengan pelanggan,” ujarnya memulakan bicara.

Malah, selepas mengetahui video tentang dirinya tular di media sosial, dia terus datang dan bertanyakan tentang duit sumbangan yang diberikan orang ramai untuknya.

Dia bukan meminta makanan seperti sebelumnya tetapi mahukan duit dengan menggunakan alasan anak bagi meraih belas kasihan.

Bropit membuka gerai tepi jalan dengan menjual popis.

“Pernah suatu hari, pelanggan memaklumkan yang makcik tu ada tunggu dan tidur di depan gerai ketika saya tutup operasi.

“Dalam sehari tu dia akan datang dua atau tiga kali. Mula-mula cakap tak cukup duit nak makan, bila petang dia cakap tak ada duit nak buat tambang bas… sedangkan rumahnya hanya berdekatan dengan gerai saya.

Duit derma yang diperoleh itu digunakan untuk membeli bahan terlarang, bukannya keperluan harian.

“Paling mengejutkan apabila dia mengetahui tentang derma yang disalurkan… video tular malam, esok paginya dia datang dan minta duit derma tu yang berjumlah RM1,000,” luahnya.

BROPIT
“Saya dihubungi oleh doktor yang merawatnya dan dimaklumkan bahawa keluarga makcik tersebut bermasalah kerana dia ambil dadah. Duit derma yang diperoleh itu digunakan untuk membeli bahan terlarang, bukannya keperluan harian.

Menurut anak muda yang berniaga di Uptown Sungai Petani, Kedah itu lagi, dia bersyukur apabila video tersebut tular kerana dapat mengetahui tentang kisah makcik tersebut bersama keluarga.

Antara produk jualannya di gerai.

“Awalnya saya sukar untuk percaya, namun selepas mendengar cerita yang sama daripada anggota polis… barulah saya sedar ‘taktik’ yang digunakan,” ujarnya.

“Malah dia dikatakan bersalin setiap tahun dan mempunyai bilangan anak yang ramai.

Pernah suatu hari, mereka sengaja buat ‘drama’ di belakang gerai demi meraih simpati selepas tidak dipedulikan.

Dia yang lebih mesra disapa Bropit memberitahu, wanita itu juga akan datang ke gerainya dengan individu yang berbeza-beza termasuk bersama suaminya.

“Dia juga pernah berpura-pura pengsan kerana sawan selain turut mengugut untuk membunuh diri sehingga mengganggu perniagaan apabila saya tidak memberikan duit yang diminta.

Terbaharu, dia datang menaiki motosikal bersama seorang wanita yang dikatakan kakaknya dan terus meminta duit untuk membeli lauk-pauk untuk makan.

“Paling membimbangkan apabila seluruh badannya dipenuhi kudis… saya takut itu adalah kesan penyakit HIV. Tambahan pula, dia berbau busuk dan hanyir yang boleh dihidu dari jauh,” katanya.

“Setakat RM3 tu memang dia tak layan, siap marah dan minta lebih lagi.

Dalam pada itu, Bropit berharap orang ramai berhenti menyalurkan sumbangan untuk makcik tersebut kerana percaya dia akan menggunakan duit itu untuk membeli dadah.

Sumber: mstar.com

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.