Connect with us

SEMASA

Dr Fitri Haris terima pengiktirafan individu paling berjaya, setaraf tokoh ternama Malaysia dalam Ensiklopedia Britishpedia 2022

Published

on

Dr Fitri Haris terima pengiktirafan individu paling berjaya, setaraf tokoh ternama Malaysia dalam Ensiklopedia Britishpedia 2022

KEJAYAAN dalam pelbagai bidang melayakkan penyanyi Dr Fitri Haris tersenarai sebagai individu paling berjaya di Malaysia menerusi buku Ensiklopedia BritishPedia Edisi ke-4 2022, terbitan British Publishing House, United Kingdom.

“Penghargaan ini amat bermakna buat saya kerana meletakkan saya sebaris tokoh-tokoh ternama penerima sebelumnya.

Pengiktirafan ini juga meletakkan Fitri sebaris dengan tokoh ternama Malaysia yang pernah disenaraikan sebelum ini seperti Tun Dr. Mahathir Mohamed, Tan Sri Quek Leng Chan dan Tan Sri Tony Fernandes.

“Prosesnya bukan mudah kerana saya perlu menjalani temu bual tiga bulan lepas untuk pastikan kesahihan maklumat.

Fitri memberitahu bukan mudah untuk namanya tersenarai dalam buku Ensiklopedia BritishPedia berkenaan.

Anggota kumpulan nasyid UNIC ini juga merupakan seorang pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan memiliki cawangan klinik kesihatan sendiri di bawah jenama Megaklinik Zahran.

“Bila mereka dah kaji latar belakang dan pencapaian, barulah layak dapat ‘certificate’ dan dimasukkan dalam ensiklopedia. Saya baru dapat sijil ini,” katanya.

Ia merupakan satu bahan ilmu yang boleh dimanfaatkan bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa dalam memperkenalkan muzik Islam dengan lebih meluas.

Dalam bidang akademik, Fitri terbabit untuk kajian muzik Islam melalui modul ‘This is Nasyid’ hasil kerjasama bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Fitri juga anggota kumpulan nasyid UNIC.

Pengiktirafan ‘Successful People In Malaysia 2022’ yang akan dimuatkan di dalam Ensiklopedia Britishpedia 2022 akan dilancarkan pada akhir tahun ini.

“Saya tidak mahu bergerak sendirian dan kini sedang merangka untuk menubuhkan sebuah institut sendiri yang akan memperkenalkan bidang baharu dalam dunia akademik di Malaysia khususnya dan dunia amnya,” jelasnya.

Buku tersebut boleh didapati di perpustakaan seluruh Malaysia dan beberapa negara di dunia seperti Singapura, Jerman, Slovakia, Austria, Czech Republic, Hungary dan Poland.

Sumber: Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.