Connect with us

PANDUAN

Cara Buat Bubur Ayam Sedap di Rumah, Rasa Sama Macam Restoran Fast Food Terkenal

Published

on

Cara Buat Bubur Ayam Sedap di Rumah, Rasa Sama Macam Restoran Fast Food Terkenal

Bubur ayam merupakan salah satu pilihan menu sarapan yang popular di kalangan masyarakat kita. Rasanya yang lembut, berkrim, dan mengenyangkan menjadikannya pilihan yang ideal untuk dinikmati pada waktu pagi. Dahulu, ramai di antara kita sering membeli bubur ayam ini di sebuah restoran makanan segera yang terkenal. Namun, sejak restoran tersebut mula diboikot, ramai yang mula mencari alternatif lain atau terpaksa mengabaikan hidangan ini.

Namun, jika sesekali teringin untuk menikmati bubur ayam ala restoran tersebut, mengapa tidak cuba buat sendiri di rumah? Prosesnya tidaklah sesukar mana, dan dengan bahan-bahan yang mudah didapati, anda boleh menghasilkan bubur ayam yang sedap dan berkrim, sama seperti yang biasa anda beli. Berikut adalah panduan untuk Cara Buat bubur ayam ala restoran makanan segera popular, yang dikongsikan oleh Azwa Muhamad.

Cara Buat Bubur Ayam

Cara Buat bubur ayam

Bahan-bahan

  • Beras -1 cawan (cuci dan toskan)
  • Air – 5 cawan
  • Isi ayam – dicincang
  • Halia – 2-3 hiris
  • Bawang merah -dihiris
  • Bawang putih -dihiris
  • Kiub ayam -1
  • Minyak masak -3 sudu
  • Garam / perasa

Cara Buat bubur ayam

1. Masukkan beras dan air dalam periuk, tanak atas dapur. Kacau sampai lembik, kalau kurang air tambah sampailah jadi bubur.

2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang merah, bawang putih & halia. Tumis sampai betul-betul garing.

3. Kemudian tuang bahan yang digoreng tadi dalam periuk berisi bubur. Masukkan sekali isi ayam dan kiub pati ayam.

4. Kacau sampai masak serta masukkan perasa. Tutup api. Letak bubur dalam mangkuk hiaskan dengan daun bawang, dau sup dan bawang goreng.

Jika nak pedas letak lada sudah dan cili merah yang dicincang. Siap!

Cara Buat Bubur Ayam

Menyediakan bubur ayam ala restoran makanan segera yang popular sebenarnya tidaklah rumit. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan sedikit masa di dapur, anda boleh menghasilkan bubur ayam yang lazat, lembut, dan mengenyangkan untuk dinikmati bersama keluarga. Anda boleh mengubah suai resipi ini mengikut citarasa anda, sama ada menambah lebih banyak rempah atau mengurangkan bahan-bahan tertentu.

Bubur ayam buatan sendiri juga jauh lebih sihat kerana anda boleh mengawal jumlah minyak, garam, dan perasa yang digunakan. Jadi, apabila tekak teringin menikmati bubur ayam yang lazat, tidak perlu lagi ke restoran makanan segera. Cuba buat sendiri di rumah dengan panduan ini dan nikmati sarapan yang menyelerakan bersama keluarga tersayang.

Cara Buat Bubur Ayam

Selamat mencuba!

Baca lagi: Tip Tanak Pulut Guna Rice Cooker. Tudung Periuk Kena Lapik & Jangan… Barulah Hasil Pulut Cantik

Sumber: Azwa Muhamad

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.