PANDUAN
Cara Betul Tanam Pokok Labu, Hasil Buah Banyak dan Saiz Besar Dijamin

Cara Betul Tanam Pokok Labu, Hasil Buah Banyak dan Saiz Besar Dijamin
Pokok Labu
Menanam Pokok Labu di rumah atau di kebun bukan sahaja memberi kepuasan tetapi juga hasil yang lumayan jika dilakukan dengan betul. Pokok Labu tergolong dalam keluarga sayuran seperti tembikai, timun, peria, dan skuasy, yang mana kaedah penjagaan dan kawalan serangga perosak adalah hampir sama. Dalam panduan ini, kami akan berkongsi cara menanam pokok labu dengan teknik yang betul bagi memastikan hasil yang berlimpah.
Supaya pokok labu yang ditanam menghasil buah yang banyak boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Siti Rokiah Che Hat.
Penyediaan Biji Benih Pokok Labu
Langkah pertama dalam menanam labu adalah menyediakan biji benih dengan betul. Ini penting untuk memastikan biji benih yang digunakan berkualiti dan sihat. Berikut adalah langkah-langkahnya:
- Rawat biji benih – Sebelum disemai, rawat biji benih dengan racun kulat seperti Benomyl untuk melindungi daripada penyakit kulat yang boleh merosakkan benih.
- Rendam biji benih – Rendam biji benih dalam air selama 24 jam. Ini membantu melembutkan lapisan luar biji benih dan mempercepatkan proses percambahan.
- Keringkan biji benih – Selepas direndam, biarkan biji benih kering sepenuhnya sebelum ia disemai. Biji benih yang dirawat dengan cara ini akan lebih mudah bercambah dan tahan daripada penyakit.
Jenis tanah yang sesuai
Labu memerlukan tanah yang agak subur dan saliran yang baik. Hasil maksimum boleh dicapai di tanah bertekstur sederhana dengan kapasiti pegangan air yang tinggi dan saliran air yang baik.
Labu boleh ditanam di pelbagai tanah, tetapi tanah liat tidak digalakkan. Ini adalah kerana tanah liat mempunyai pengudaraan yang lemah dan saliran air yang terhad, yang boleh memudaratkan pertumbuhan akar dan meningkatkan reput buah.
Persediaan tanah Pokok Labu
Persediaan tanah adalah untuk memastikan labu mempunyai pertumbuhan yang sekata. Tanah perlu digembur beberapa kali iaitu sebelum ditanam.
Penyediaan tanah memberi masa untuk biji benih untuk bercambah. Benih labu akan ditanam di atas tapak semaian yang mempunyai ketinggian antara 15 hingga 20 cm tinggi.
Semai biji benih
Biji benih boleh disemai terus ataupun melalui pemindahan dari tray semaian. Benih akan ditanam dengan kedalaman antara 2 hingga 4 cm.
Biji benih akan disemai antara dua hingga tiga biji dalam satu lubang dan akan dinipiskan untuk mendapatkan anak pokok yang seragam dan sihat.
Pembajaan
Nitrogen adalah baja yang paling diperlukan, walaupun fosforus kadang-kadang diperlukan untuk menggalakkan akar benih yang baik.
Pencahayaan
Buah labu mempunyai hasil yang tinggi apabila cuaca yang panas, tetapi suhu adalah tidak terlalu tinggi, kerana boleh menyebabkan buah terbakar terkena matahari dan isi buah labu akan menjadi lembik.
Jarak tanaman Pokok Labu
Jarak tanaman adalah 1.0 x 1.0 m
Saiz buah labu boleh diubahsuai dengan jarak tanaman. Jika anda inginkan buah labu yang besar, anda perlukan jarak yang lebih luas.
Sungkupan
Menggunakan rumput atau poliethylene memberi beberapa kebaikan kepada anda:
- – Meningkatkan suhu tanah
- – Mempercepatkan pertumbuhan anak pokok
- – Ia juga memulihara kelembapan tanah
- – Mengurangkan beberapa masalah seperti pemadatan tanah, mengelakkan buah mereput di atas tanah, kehilangan baja, dan persaingan sesama anak pokok.
Pengurusan Rumpai Pokok Labu
Menggunakan polyethylene atau sungkupan sebagai sebahagian daripada strategi kawalan rumpai.
Pendebungaan Pokok Labu
Anak pokok labu menghasilkan bunga jantan dan bunga betina pada anak pokok yang sama. Ia dipanggil sebagai monoecious.
Kedua-dua jenis bunga dibuka untuk hanya satu hari dan pada waktu pagi.
Dua sehingga enam ekor lebah madu cukup untuk mencapai tahap aktiviti pendebungaan yang optimum.
Kawalan penyakit
Penyakit labu utama menyerang adalah seperti:
- •Damping-off (penyakit benih)
- •Disebabkan virus (menyebabkan pertumbuhan perlahan dan mengubah pembentukan buah labu
- •Angular leaf spot
- •Downy mildew
- •Scab
- •Black rot
- •Phytophthora blight.
- •Untuk mengawal kebanyakan penyakit ini, pemilihan varieti yang tahan penyakit perlu dibuat.
Bila boleh tuai?
Buah labu boleh dituai apabila kulitnya sudah keras dan tidak boleh ditembusi. Walaupun sudah dituai, buah labu perlu disimpan untuk memanjangkan jangka hayat buah selepas tuai.
Kulit buah labu yang matang kelihatan kusam dan kering berbanding dengan buah yang tidak matang yang mana akan lebih segar dan terang kulit. Tinggalkan batang panjang (pemegang) pada labu).
Suhu penyimpanan buah labu adalah tinggi hingga 24-30°C dengan kelembapan relatif 75-80% selama kira-kira 5-10 hari. Ia tidak boleh disimpan di suhu di bawah 10°C.
Diharapkan perkongsian cara tanam labu ini dapat membantu para pembaca untuk menanam labu secara betul.
Menanam labu memerlukan penjagaan rapi, dari penyediaan biji benih hingga penuaian. Dengan pemilihan tanah yang sesuai, penjagaan pendebungaan, kawalan penyakit, serta pembajaan yang betul, pokok labu dapat menghasilkan buah yang banyak dan berkualiti. Semoga panduan ini dapat membantu anda menanam labu dengan lebih berjaya!
Sumber: Siti Rokiah Che Hat.
Baca lagi: Tip Tanak Pulut Guna Rice Cooker. Tudung Periuk Kena Lapik & Jangan… Barulah Hasil Pulut Cantik
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI3 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH3 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI3 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA3 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI3 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.