Connect with us

PANDUAN

10 Barang Wajib Beli Di Kedai RM2 Kalau Nak Dapur Kemas Teratur

Published

on

Dapur Kemas Teratur

10 Barang Wajib Beli Di Kedai RM2 Kalau Nak Dapur Kemas Teratur

Dapur Kemas Teratur – Tapi kalau kurang bajet boleh ikut cara Dr Hani Mynis ini yang selalu saja berkongsi tip mudah uruskan kediaman. Menggunakan 10 barang dari kedai Eco RM2 saja pun dah boleh kemas.

Semua wanita idamkan dapur yang sentiasa kemas dan teratur. Tapi untuk mereliasasikan impian ini bajetlah yang jadi kekangan. Iyalah nak dapur kemas kenalah keluar modal beli barang untuk penstoran yang selalunya bukan murah juga.

Baca ini juga: Atasi Masalah Lipas Dalam Kabinet Dapur Cuma Letak Bunjut 4 Jenis Rempah Ini

1. Dapur Kemas Teratur – Bakul

Dapur Kemas Teratur

Bonus kalau dapat pilih saiz bakul yang ngam-ngam muat dalam ruang tu. Hani pernah kongsi tutorial macam mana nak beli bekas yang ngam muat dalam satu ruang tu sebelum ni.

Bakul ialah barang penstoran kegemaran hani yang pertama. Hani suka gunakan bakul dlm satu2 ruang (rak atau laci) untuk cipta beberapa ruang. Tips hani utk beli bakul.

  • Hani lagi suka bakul bertapak segi empat dari bulat. Lebih menjimatkan ruang dan cantik dari segi visual.
  • Untuk sesuatu ruang, pilih bakul yang sama bentuk, jenis dan warna supaya lebih seragam.
    pilih sama ada bakul bertutup atau tidak mengikut keadaan ruang dan barang yang diisi dalam bakul

Dapur Kemas Teratur

2. Dapur Kemas Teratur – Bekas ‘tipuware’

Dapur Kemas Teratur

Barang penstoran kedua yg bagi hani pelbagai-guna ialah bekas-bekas tipuware. Kalau masuk Eco, memang rambang mata hani tengok bekas tipuware yang pelbagai bentuk, saiz dan warna. Sama macam bakul, ni tips hani masa nak beli bekas tipuware.

  • Hani lagi suka bekas bertapak segi empat dari bulat. Lebih menjimatkan ruang dan cantik dari segi visual.
  • Untuk sesuatu ruang, pilih bekas yang sama bentuk, jenis dan warna supaya lebih seragam.
  • Pilih bekas yang boleh ditindih (stackable) untuk menjimatkan ruang.

3. Dapur Kemas Teratur – Bekas kedap udara

Hani guna bekas ni utk simpan pes yang Hani buat setiap hujung minggu. Bekas kedap udara ni buatkan pes lebih tahan lama. Hani guna utk pes bawang putih dan bawang putih + halia utk pes ni bertahan dua tiga minggu.

4. Dapur Kemas Teratur – Botol rempah kaca

Botol rempah kaca ni bagi hani nampak mahal walaupun harganya RM2. Tambah-tambah dengan label. Tapi bahagian besi kat penutup nya cepat berkarat kalau tak betul cara penjagaannya. Hani dah guna setahun tapi so far masih ok tak berkarat. Ni tips utk elakkan penutup bekas ni berkarat.

  • Bila lap dengan kain lembap (semasa nak bersihkan) wajib lap semula dengan kain kering.
  • Jgn biarkan dia kering sendiri Jangan letak kat tempat lembap.

5. Dapur Kemas Teratur – Rak kecil

Rak kecil ni hani rasa sempurna utk tambah ruang penstoran kat sesuatu ruang. Macam hani letak kat atas sinki ni utk hani letakkan botol sabun dan aksesori sinki. Bahagian bawah hani letak bekas bekal makanan yg hani letak sabun dan span basuh pinggan.

6. Rak pengetus pinggan

Hani simpan pinggan utk tetamu dalam ni supaya bila tetamu datang hani angkut dengan rak ni sekali g basuh dan susun semula kat dalam rak ni

7. Magazine holder

Hani gunakan utk simpan aluminium foil, cling wrap dan ziplock hani. Hani tampal kat pintu tuk maksimumkan penggunaan ruang kat dapur hani. Magazine holder ni hani beli kat ikea tp baru-baru ni Hani nampak kat Eco pun dah jual.

8. Jaring besi, shook dan command hook

Hani gunakan utk sangkut penapis-penapis.

9. Bakul magazine holder

Hani gunakan pants hanger utk sangkut plastik sampah yang jenis gulung. Supaya senang nak ambil. Dan juga utk jemur kain lap yang lembap.

10. Pants hanger

Untuk hani susun botol-botol kegunaan pembersihan dan pencucian.

Selamat mengemas ya! Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Dr. Hani Mynis

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.