PANDUAN
Bomba Pesan Elak Buat 3 Perkara Ini Jika Nampak Ular Dalam Kediaman
Bomba Pesan Elak Buat 3 Perkara Ini Jika Nampak Ular Dalam Kediaman
Elak Buat 3 Perkara Ini Jika Nampak Ular – Supaya haiwan ini tidak masuk di rumah atau berlindung di kawasan kediaman kita, ada beberapa langkah yang perlu kita lakukan.
Bila terbaca kejadian ular masuk rumah, bersembunyi bawah katil, celah tandas atau dapur memang menakutkan kita. Tapi pada masa yang sama ia memberi kesedaran supaya kita lebih berhati-hati dengan haiwan berbisa ini.
1. Pangkas tanaman yang merimbun
Tanaman merimbun seperti pandan berpotensi menjadi tempat persembunyian ular tanpa kita sedari. Jika ada tanaman begini, kemaskan jangan biar merimbun. Tebas juga semak samun yang ada sekitar rumah.
2. Bersihkan longgokan sampah
Elak kawasan rumah sama ada dalam atau luar rumah ada longgokan sampah, barang-barang terbuang, daun kering dan sebagainya. Lokasi ini berpotensi jadi tempat perlindungan ular. Tempat sejuk dan kering begini memang jadi kesukaan haiwan ini.
3. Tutup lubang yang ada di rumah
Lubang saliran, bumbung juga berpotensi menjadi laluan masuk ular ke dalam kediaman. Perasan tak, nenek-nenek kita dahulu tutup lubang bawah pintu dengan kain atau lidi penyapu, tujuannya untuk menghalang ular dari masuk rumah. Begitu juga pada bahagian bumbung. Ia antara tempat atau lalun masuk ular juga.
4. Bersih dari tikus dan katak
Ular bukanlah binatang yang bersarang. Ia akan beralih mencari tempat yang ada sumber makanannya, jadi pastikan kediaman anda tiada ada stok makanan ular seperti tikus dan katak. Lagi banyak tikus dan katak di kediaman, lebih lama ulara akan berada di situ. Bila sumber makanan dah habis, baru ular berpindah ke tempat lain.
5. Pastikan rumah sentiasa harum
Sifat ular tak suka akan bau-bau yang menyegat kerana ia akan mengancam deria baunya. Bila deria bau ular tercemar, ia akan sukar untuk mengesan keadaan persekitarannya .
6. Gertak ular
Ular akan terasa terancam apabila ia diganggu. Bila terlalu kerap ancaman, ia akan tidak berasa selesa dan akan segera kaluar dari kawasan rumah. Gunakan alat seperti mesin rumput, blower dan sebagainya di kawasan yang anda rasa berpotensi menjadi kawasan perlindunggan dan sarang ular. Itu antara kaedah untuk gertak ular yang mudah untuk anda cuba.
7. Pelihara kucing
Ular akan menghindari haiwan-haiwan yang suka mencakar seperti ayam, kucing dan sebagainya. Kerap kali kita lihat kucing berlawan dengan ularkan? Selalunya kucing yang menang. Namun ia bergantung kepada saiz ular yang menyerang. Tapi paling tidak, kucing kita boleh beri amaran kalau dia tak berupaya untuk lawan ular tersebut.
8. Tabur sulfur/ belerang
Ada orang kata petua ini hanya mitos namun ada juga yang kata berkesan. Tabur saja keliling kediaman dengan serbuk belerang ini. Ia boleh dibeli di kedai hardware tapi ketika menabur pakai sarung tangan sebab sifat sulfur yang panas boleh merosakkan kulit yang tersentuhnya.
Baca ini juga: Ramuan Berkesan Elak Ul4r Dan T1kus Masuk Rumah, Gaul Garam Kasar Dengan 3 Bahan Ini
Elak Buat 3 Perkara Ini Jika Nampak Ular
Elak Buat 3 Perkara Ini Jika Nampak Ular
Elak Buat 3 Perkara Ini Jika Nampak Ular
Elak Buat 3 Perkara Ini Jika Nampak Ular
Elak Buat 3 Perkara Ini Jika Nampak Ular, Kalau ular masuk rumah JANGAN buat perkara ini
Jika ular masuk kediaman JANGAN :
- Cuba untuk mencederakan dan menghalau ular dengan peralatan.
- Cuba untuk menangkap ular jika tiada kemahiran.
- Cuba menghalau menggunakan peralatan.
Tapi sekiranya tetap berlaku kejadian rumah dimasuki ular, sebaiknya kita ikut saranan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat tentang cara yang betul untuk mengendalikan haiwan berbisa.
Apa yang anda perlu lakukan?
- Hubungi 999 demi mendapatkan bantuan .
- Tutup pintu dan tingkap bagi mengelakkan ular keluar.
- Memerhatikan gerak geri dan arah ular bergerak.
- Kurangkan bergerak di hadapan ular.
- Arahkan ahli keluarga atau penghuni rumah untuk segera keluar.
- Kenal pasti jenis ular, panjang, warna serta corak dibadanya.
- Berikan maklumat yang tepat kepada pasukan penyelamat.
Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…
Baca ini juga: Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Jabatan Bomba & Penyelamat
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.