Connect with us

AGAMA

Doa Qunut Dan 5 Pelaksanaan Qunut Nazilah

Published

on

doa qunut

Doa qunut adalah bacaan yang sering kali kita baca sewaktu dalam solat subuh dan juga di dalam solat witir. Malah, setiap umat islam perlu menghafalnya dan perlu memahami maknanya yang sebenar.

doa-qunut

Ini kerana, ia adalah bacaan yang seringkali kita baca. Justeru itu, sebagai orang islam, kita perlulah sentiasa mengamalkan bacaan doa qunut dengan lancar terutama sekali apabila kita membacanya di dalam solat subuh dan solat sunat. Ini kerana, ia bukanlah sekadar doa semata-mata tetapi ia mengandungi banyak manfaat dan kebaikkan kepada mereka yang sering mengamalkanya.

Apa Yang Di Maksudkan Dengan Doa Qunut??

Sebelum admin terangkan mengenai doa qunut dengan lebih mendalam, jom admin terangkan maksud doa qunut.  Qunut berasal dari perkataan arab yang membawa beberapa makna diantaranya ialah berdiri lama, diam, selalu taat, tunduk, doa dan khusyuk.

Manakala dari segi istilah pula qunut bermaksud doa yang dibaca seorang Muslim dalam solat pada tempat yang dikhususkan semasa berdiri.

Bacaan Doa Qunut Secara Sendirian

Ada yang tertanya-tanya bacaan doa qunut sendirian dengan beramai-ramai sama ke?? Sebenarnya ia agak berbeza berbanding baca secara berjemaah. Bacaan secara sendrian ialah:

doa qunut sendirian

Baca Juga: Waktu Solat Selangor 2021 Mengikut Zon 

Bacaan Dalam Rumi

Allahhummah dinii fiiman hadait. Wa’aa finii fiiman ‘aafait. Watawallanii fiiman tawal-laiit. Wabaariklii fiimaa a’thait. Waqinii syarramaa qadhait, Fainnaka taqdhii walaa yuqdho ‘alaik, Wainnahu laayadzilu man walait, Walaa ya’izzu man ‘aadait. Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait. Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait. Astaghfiruka wa’atuubu ilaik. Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi, Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.

Maksud Doa Qunut

Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah. Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan. Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan. Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya,

Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum. Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi. Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan. Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu. Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.

Apa Hukum Membaca Doa Qunut??

doa-qunut

Bila di tanya mengenai hukum membaca qunut, terdapat pelbagai pandangan khilaf dan perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai hukum doa qunut dalam solat Subuh. Namun begitu, menurut pendapat Imam Syafi’e bacaan qunut dalam solat Subuh merupakan sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan.

Jika tertinggal atau terlupa untuk membaca Qunut, seseorang itu disunatkan untuk melakukan sujud sahwi. Walaubagaimanapun, solat Subuh tetap sah walaupun tanpa sujud sahwi. Justeru itu, Pandangan Mazhab Syafi’e ini juga dipegang teguh oleh masyarakat Islam khususnya di Malaysia dan seluruh Nusantara.

Bacaan Qunut Nazilah

Qunut Nazilah ialah doa yang dibacakan setelah rukuk  pada rakaat terakhir solat. Hukumnya sunnah hai’ah  yang mana jika anda terlupa dan tertinggal, anda tidak perlu melakukan sujud sahwi. Biasanya, Qunut Nazilah dilaksanakan kerana ada peristiwa atau musibah yang menimpa, seperti bencana alam atau peperangan.

Tatacara Bacaan Qunut Nazilah

  • Dibaca dalam solat-solat fardhu sahaja, sama ada solat berjemaah atau bersendirian.
  • Jika dilakukan secara berjemaah, imam membacanya secara kuat dan makmum mengaminkannya. Sunat baca secara kuat termasuk solat Zohor dan Asar.
  • Jika dilakukan secara berseorangan maka ia dibaca perlahan.
  • Dibaca semasa i’tidal selepas bangun daripada ruku’ dalam rakaat yang terakhir
  • Tidak perlu melakukan sujud sahwi sekiranya tertinggal qunut nazilah
  • Sunat angkat kedua tangan semasa berdoa.
  • Tidak perlu menyapu tangan ke muka selepas berdoa.

Doa Qunut Sememangnya Mempunyai Banyak Kebaikkan Buat Kita

Kesimpulanya, Doa qunut sememangya mempunyai banyak kebaikkan buat diri kita. Justeru itu, kita perlulah banyak mengamalkan bacaan doa qunut terutama sekali apabila kita berada dalam kecemasan. Jadi, kita perlulah sentiasa mengamalkanya dengan lancar dan dalam pada masa yang sama kita perlulah memahami maksud di sebalik doa qunut.

Jika anda mahukan maklumat mengenai qunut nazilah, anda boleh pergi ke Website Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.