Connect with us

IBADAH

Doa Dhuha Dan 5 Kelebihan Solat Dhuha

Published

on

Doa Dhuha

Doa Dhuha. Solat Dhuha adalah salah satu dari solat sunat yang sering kali dilakukan umat islam di seluruh negara. Ini kerana, solat dhuha sememangnya mempunyai banyak kelebihanya terutama sekali buat diri kita. Justeru itu, kita sangat di galakkan untuk melakukan solat sunat dhuha dengan kerap.

Doa Dhuha

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Dhuha??

Dhuha dari segi bahasa bermaksud “Waktu Pagi” atau “Sinar Pagi”. Disebabkan itulah, solat dhuha dilakukan pada waktu pagi dan tidak dilakukan pada waktu yang lain.

Bila Solat Sunat Dhuha Dilakukan??

Umum mengetahui solat sunat Dhuha biasanya dilakukan pada waktu pagi iaitu apabila matahari telah naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya. Ia sekitar 20-30 minit selepas terbit matahari dan solat dhuha berakhir apabila masuknya waktu zohor

Bagaimana Cara Menunaikan Solat Dhuha??

Setiap dari kita pasti sudah mengetahui, apa yang membezakan solat sunat dhuha dengan solat sunat biasa adalah doa dhuha tersebut. Namun begitu, selain dari doa dhuha, bacaan dalam solat hampir sama seperti solat sunat yang lain. Tetapi ada beberapa bacaan dalam solat Dhuha yang berbeza. Cara menunaikan solat dhuha bagi

  • Rakaat Pertama

Bacaan pada rakaat pertama, sama seperti solat biasa iaitu di mulai dengan bacaan Doa Iftitah dan kemudian mmebaca surah Al-Fatihah. Selepas selesai membaca surah Al-Fatihah, di ikuti pula dengan bacaan surah Asy-Syams.

  • Rakaat Kedua

Untuk bacaan rakaat kedua, ia sama seperti rakaat pertama di mana ia perlu di mulai dengan surah Al-Fatihah, dan di ikuti pula dengan bacaan  surah Ad-Dhuha.

  • Bacaan Semasa sujud Akhir 

Pada sujud akhir sebelum tahiyat akhir,  anda boleh bacakan zikir berikut:

doa dhuha

Maksudnya:

Berikan kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki jadikan ia mudah bagiku.

Untuk anda yang mempunyai persoalan solat Dhuha anda boleh semaknya di website Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan

Baca Juga: Doa Qunut Dan 5 Pelaksanaan Qunut Nazilah

Bacaan Doa Dhuha Berserta Maksudnya

Setelah selesai ke semua menunaikan ke semua rakaat solat dhuha, tibalah masanya untuk untuk membaca doa dhuha. Doa dhuha adalah seperti berikut:

Doa Dhuha

Maksud Doa Dhuha

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu Dhuha-Mu
Kecantikannya Kecantikan-Mu
Keindahannya Keindahan-Mu
Kekuatannya Kekuatan-Mu
Kekuasaannya Kekuasaan-Mu
Perlindungannya Perlindungan-Mu

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, per-Mudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
Kecantikan-Mu, keindahan-Mu
Kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

Kelebihan Apabila Sentiasa Mengamalkan Solat Dhuha

1. Ganjaran Pahala Berlipat Ganda

Sama seperti solat sunat yang lain, jika kita sering mengamalkan solat dhuha, kita akan mendapat pahal yang berlipat ganda.

2. Diampunkan Kesalahan dan Dosa

Selain itu, mereka yang sentiasa melakukan  solat dhuha juga Allah S.W.T akan mengampunkan segala kesalahan dan dosa yang telah dilakukan.

3. Dimurahkan Rezeki

Umum mengetahui solat dhuha juga adalah salah satu cara untuk di murahkan rezeki kita. Terutama sekali jika kita mengamalkanya dengan sangat kerap.

4. Cara Untuk Bersedekah

Mungkin ada yang tidak mengetahui, dengan megamalkan solat dhuha ia adalah salah satu cara kita untik bersedekah. Ini bermakna, setiap  bacaan dan tindakan dalam solat dhuha dianggap sebagai sedekah. Dengan bersolat dua rakaat sahaja kita sudah turut sama mendapat pahala bersedekah, baiknya Allah.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.