Connect with us

GAYA HIDUP

Doa Sebelum Tidur: Makna Doa Dan 2 Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Sebelum Tidur

Published

on

Doa Sebelum Tidur

Doa Sebelum Tidur adalah salah satu perkara yang kita lakukan sebelum kita tidur. Kita di sunatkan untuk membaca doa sebelum hendak tidur supaya dapat tidur yang lena.

Doa sebelum tidur 2

Sejak dari kecil lagi kita telah di ajar untuk membaca doa sebelum tidur. Ia adalah salah satu perkara sunat yang perlu kita lakukan supaya kita dapat tidur dengan lena dan dapat mengelakkan dari gangguan syaitan. Bukan itu sahaja, sebagai seorang yang beragama islam, kita juga di didik supaya sentiasa memulakan satu perkara tersebut dengan membaca doa terlebih dahulu.

Makna Doa Sebelum Tidur Dan Bacaanya Dalam Rumi

Setiap dari kita pasti mengetahui bacaan doa sebelum tidur. Betul tak?? Mana tidaknya, bacaan doa inilah yang akan kita baca pada setiap hari sebelum kita tidur. Namun begitu, tidak ramai antara kita yang mengetahui maksud senbenar doa sebelum tidur. Makna doa sebelum tidur ialah:

Doa Sebelum Tidur

Bacaan Dalam Rumi:

Bismikallohumma ahya wa amuutu

Maksudnya: 

Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, aku hidup dan aku mati”

Baca Juga: Doa Ibu Bapa: 5 Doa Untuk Ibu Bapa Dan Cara Berbakti Dengan Ibu Bapa

Doa Selepas Bangun Dari Tidur

Selain dari doa sebelum tidur, kita juga sangat di galakkan untuk membaca doa setiap kali selepas bangun dari tidur. Ia sebagai tanda syukur kita kerana masih di beri peluang untuk bernafas setelah bangun dari tidur. Doa bangun dari tidur adalah seperti berikut:

Doa bangun tidur 1

Bacaan Dalam Rumi:

Alhamdu lillahil ladzii ahyaanaa ba’da maa amaa tanaa wa ilahin nusyuuru

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah kami mati (membangunkan dari tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan”

Amalan Sunat Yang Boleh Kita Lakukan Sebelu Tidur

Sebelum kita tidur, kita sangat di galakkan untuk melakukan beberapa amalan sunat terlebih dahulu. Ia supaya kita mendapat tidur yang lena dan benar-benar berkualiti. Antara amalan sunat yang boleh kita lakukan sebelum tidur ialah:

1- Berwudhuk

Kita di ajar semenjak dari kecil lagi untuk berwudhuk terlebih dahulu. Malah, dalam islam juga mengajar kita untuk melakukan perkara tersebut. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Al-Bara’ Bin ‘Azib bahawa Nabi SAW bersabda :

Jika kamu datang ke tempat tidurmu maka berwuduklah sepertimana kamu berwuduk untuk solat. Kemudian berbaringlah dengan lambung kananmu dan sebutlah : Ya Allah aku berserah diri pada-Mu. Aku serahkan urusanku pada-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dengan penuh rasa cinta dan takut.

Tidak ada tempat berlindung kecuali kepada-Mu. Aku beriman dengan kitab yang telah Engkau turunkan dan juga beriman dengan Nabi yang telah Engkau utuskan. Jika kamu mati maka kamu mati dengan fitrah dan jadikanlah ia akhir ucapan yang kamu ucapkan.”

Riwayat Al-Bukhari (6311)

2- Berzikir Dan Membaca Surah 

Selain dari perkara di atas, satu lagi perkara sunat yang boleh anda lakukan ialah dengan berzikir dan membaca beberapa surah pendek. Ia supaya tidur kita tidak terganggu oleh syaitan dan diri kita di lindungi oleh gangguan jin serta syaitan. Malah Rasulullah juga turut melakukan perkara yang sama sebelum baginda tidur. Ia ada di sebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.anha yang berbunyi:

Sesungguhnya Nabi SAW jika Baginda berbaring ke tempat tidurnya pada setiap malam, Baginda akan menadah tangan kemudian menghembuskan ke kedua tapak tangannya. Lalu Baginda membaca : Qul Huwallahu Ahad, Qul ‘Auzu Birabil Falaq dan Qul A’uzu birabbinnas. Kemudian Baginda akan menyapu dengan kedua tapak tangannya ke tubuhnya bermula dari kepalanya dan wajahnya kemudian bahagian tubuhnya. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.”

Riwayat Al-Bukhari (5017)

Sebelum Lelapkan Mata Pastikan Kita Membaca Doa Sebelum Tidur Dahulu

Kesimpulanya, tidak kiralah sama ada kita mahu tidur sebentar mahupun tidur pada waktu malam pastikan kita membaca doa sbelum tidur dahulu. Ia bukan sahaja amalan sunat tetapi juga ia adalah salah satu cara untuk kita mendapat tidur yang benar-benar terbaik dan dapat tidur yang lena tanpa gangguan dari syaitan atau tidak mendapat mimpi yang buruk.

Rujukan: Portal Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.